Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

PRN Johor: Cara Buat Permohonan Undi Pos SPR Luar & Dalam Negara 2022

Oleh Cikgu Shaari • February 17, 2022 • 2 min baca

PRN Johor: Cara Buat Permohonan Undi Pos SPR Luar & Dalam Negara 2022
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perhatian rakyat Negeri Johor yang cukup umur dan layak untuk mengundi! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini telah menetapkan tarikh rasmi mengundi dan penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRN Johor ke-15 ini adalah Daftar Pemilih Induk 2021 yang dikemas kini sehingga 21 Januari 2022. Bagi warganegara Malaysia yang tidak pernah mengundi dan baru buat pendaftaran, anda boleh semak kelayakan dan lokasi mengundi anda secara online.

Calon mengundi dalam dan luar negara yang nak buat permohonan undi pos boleh mohon secara online pada tarikh ditetapkan mengikut panduan yang dikongsikan di bawah.

TARIKH PERMOHONAN UNDI POS

Urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara boleh dibuat pada tarikh berikut:

  • Borang 1B & Borang 1C: 9 Februari 2022 – 18 Februari 2022
  • Borang 1A: 9 Februari 2022 – 24 Februari 2022

PERMOHONAN UNDI POS

Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara, permohonan undi pos untuk pengundi kategori Borang 1B dan kategori 1C dibuka sehingga 18 Februari 2022.

  • Kategori 1B: Warganegara Malaysia yang berada di luar negara
  • Kategori 1C: Sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan.

Permohonan undi pos untuk kategori 1B dan 1C boleh dilaksanakan secara dalam talian.

Manakala bagi kategori Borang 1A mula dibuka sehingga 24 Februari 2022.

  • Kategori 1A: Petugas pilihan raya, ahli/ pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media

Pemohon untuk untuk undi pos dinasihatkan agar memohon lebih awal melalui pautan berikut:

Walaubagaimanapun, kelulusan setiap permohonan ini masih tertakluk di bawah bidang kuasa Setiausaha SPR.

Sekiranya terdapat pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian +603-8892 7080/ upup@spr.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.