Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar • Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •

[Download] Borang Deklarasi Saringan Covid-19 Untuk Calon Persendirian STPM/ MUET

Oleh Cikgu Shaari • February 17, 2022 • 2 min baca

[Download] Borang Deklarasi Saringan Covid-19 Untuk Calon Persendirian STPM/ MUET
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Majlis Peperiksaan Malaysia telah memaklumkan calon persendirian individu peperiksaan STPM/ Ujian MUET dikehendaki untuk mencetak dan melengkapkan Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) sebelum tarikh ujian. Borang Deklarasi Saringan Covid-19 boleh didapatkan di laman web MPM atau di perkongsian ini.

Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) mestilah dicetak sendiri dan dilengkapkan dengan maklumat berkaitan kesihatan dan saringan calon. Borang Deklarasi Saringan Covid-19 yang telah lengkap diisi mestilah diserahkan kepada petugas peperiksaan di pintu masuk pusat ujian kelak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan Borang Deklarasi Saringan Covid-19 yang boleh dimuat turun oleh calon.

CALON YANG PERLU ISI BDSC

Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) mestilah diisi oleh Calon Persendirian Individu:

  • Peperiksaan STPM
  • Ujian MUET

Rujuk: Kalendar MUET 2022: Tarikh Pendaftaran & Ujian MUET / MUET On Demand (MoD)

CALON YANG TIDAK DIBENARKAN DUDUKI UJIAN

Majlis Peperiksaan Malaysia telah memaklumkan semua calon yang mempunyai kriteria berikut TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki peperiksaan atau ujian kendalian MPM:

  • Positif Covid-19
  • Kontak rapat kepada positif Covid-19
  • Dalam tempoh kuarantin kendiri
  • Dalam tempoh menunggu keputusan swab test
  • Memakai gelang kuarantin
  • Bergejala teruk (demam, batuk, selsema dan sesak nafas)

DOWNLOAD BORANG DEKLARASI SARINGAN COVID-19

Calon Persendirian Individu dikehendaki mencetak dan melengkapkan Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) yang boleh dimuat turun di bawah:

Pastikan borang yang dicetak LENGKAP diisi dengan betul sebelum ke pusat peperiksaan/ ujian. Borang Deklarasi Saringan Covid-19 (BDSC) mestilah diserahkan kepada petugas peperiksaan/ ujian di pintu masuk pusat ujian kelak.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai MPM melalui emel di alamat psm@mpm.edu.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.