Penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR.5.2.1 kepada pegawai perkhidmatan awam bagi menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan kematian ahli keluarga terdekat.

Selaras dengan pengumuman inisiatif baharu oleh YAB Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 pada 30 Ogos 2022 yang lalu, kerajaan bersetuju supaya perluasan tafsiran ahli keluarga di dalam  Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat ditambah baik.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat.

PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR.5.2.1 kepada pegawai perkhidmatan awam bagi menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan kematian ahli keluarga terdekat.

Dalam hal ini, tafsiran ahli keluarga terdekat SEDIA ADA adalah termasuk:

  • Suami
  • Isteri
  • Ibu kandung atau ibu angkat
  • bapa kandung atau bapa angkat
  • ibu mentua
  • bapa mentua
  • anak kandung
  • anak angkat yang sah di sisi undang-undang
  • anak angkat de facto
  • anak pelihara

Peluasan tafsiran ahli keluarga terdekat kini DITAMBAH BAIK merangkumi:

  • Adik beradik
  • Nenek
  • Datuk pegawai

Penambahbaikan ini berkuat kuasa bermula 5 September 2022.

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing. Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga terdekat adalah bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma