Tawaran Program Latihan Untuk Siswazah (Plus) Drone Operation Dengan Elaun RM500 Sebulan

KISMEC dengan kerjasama Yayasan Peneraju Bumiputera Malaysia membuka tawaran untuk graduan menyertai Program Latihan Untuk Siswazah (Plus). Program ini adalah tajaan penuh Yayasan Peneraju.

Graduan yang merupakan warganegara Malaysia yang berminat boleh memohon untuk menyertai program tempoh 2 bulan ini. Jaminan kerjaya untuk graduan selepas tamat program.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan.

PROGRAM DITAWARKAN

Program latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Expert Craftman in Mechatronic (Mechatronic System) – 2 bulan
  • Certified Drone Operation Maintenance and Repair Proficient – 2 bulan

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia & bumiputera
  • Berusia 21 hingga 26 tahun semasa memohon
  • Lepasan Diploma/Ijazah (Teknologi Maklumat / Kejuruteraan)
  • PNGK sekurang-kurangnya 2.50 dan ke atas
  • Tidak melebihi 3 tahun tempoh bergraduasi dan tidak bekerja

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan menyertai program ini adalah:

  • Yuran pengajian ditaja Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
  • Elaun RM500 sebulan dan penginapan disediakan
  • Pensijilan diiktiraf oleh badan profesional
  • Jaminan kerjaya dalam industri dron dan berkaitan

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program latihan yang ditawarkan, anda boleh membuat pendaftaran sekarang melalui pautan yang disediakan. Klik pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian 04 408 0565 atau 019 578 4621.

Tawaran Program Latihan Untuk Siswazah (Plus) Drone Operation Dengan Elaun RM500 Sebulan

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma