Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei •“Bila Boleh Mula Kerja?” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Terus Lulus Temuduga (Ramai Masih Salah Jawab!) •“Saya Guna TikTok Je…” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Gagal Temuduga (Ini Cara Betul Jawab Soalan Media Sosial) •CV Biasa-Biasa Tak Akan Lulus, Ini Format CV 2026 Yang Majikan Mahu •Suri Rumah Jana RM1,000 – RM7,000 Sebulan? Ini Cara Realistik Dari Rumah Tahun 2026 • Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei •“Bila Boleh Mula Kerja?” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Terus Lulus Temuduga (Ramai Masih Salah Jawab!) •“Saya Guna TikTok Je…” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Gagal Temuduga (Ini Cara Betul Jawab Soalan Media Sosial) •CV Biasa-Biasa Tak Akan Lulus, Ini Format CV 2026 Yang Majikan Mahu •Suri Rumah Jana RM1,000 – RM7,000 Sebulan? Ini Cara Realistik Dari Rumah Tahun 2026 •

PUTEK MARA: Permohonan Pembiayaan Sehingga RM500,000 Buat Usahawan Teknikal

Oleh Cikgu Shaari • February 4, 2021 • 2 min baca

PUTEK MARA: Permohonan Pembiayaan Sehingga RM500,000 Buat Usahawan Teknikal
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

MARA Menawarkan Program Usahawan Teknikal (PUTEK) iaitu skim pembiayaan untuk sewaan mesin dan peralatan kepada usahawan yang menceburi bidang teknikal dengan tujuan untuk mewujudkan usahawan baru dalam bidang teknikal yang berasaskan kepada kemahiran yang dimiliki.

Usahawan yang kini menjalankan perniagaan sepenuhmana tidak kurang dari enam bulan boleh mendapatkan pembiayaan yang ditawarkan sehingga RM500,000.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan pembiayaan PUTEK.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan pembiayaan Program Usahawan Teknikal MARA:

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18 hingga 60 tahun
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai tapak/premis/bengkel perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melebihi (5) tahun
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Mempunyai Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada IPMa / Institusi teknikal kerajaan atau swasta

SKOP PEMBIAYAAN

Pembiayaan diberikan bagi tujuan:

  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Modal Pusingan (Usahawan Baru Sahaja) Merangkumi:
    – 60% pembiayaan
    – 40% geran (sekiranya bayaran adalah baik)

HAD PEMBIAYAAN

Pembelian mesin dan peralatan:

  • Minima RM3,000
  • Maksimum: RM500,000

Modal Pusingan

  • 3 bulan @ 20% daripada kelulusan pembiayaan mesin dan peralatan dengan had maksimum RM50,000 atau mana yang terendah

Tempoh pembiayaan: 1 – 5 tahun @ 12 – 60 bulan

Nota: TIADA Jaminan atau cagaran diperlukan untuk mohon pembiayaan PUTEK MARA.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mohon pembiayaan yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem Permohonan Pembiayaan MARA di pautan berikut:

Muat turun bersama senarai semak dokumen yang diperlukan di bawah:

Bagi sebarang masalah teknikal ketika membuat permohonan, sila email kepada admin_myusahawan@mara.gov.my. Untuk pertanyaan berkaitan pembiayaan pemohon boleh email kepada infobpn@mara.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.