Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

MARA: Tawaran Pembiayaan Usahawan PUTRA RM10,000 Buat Belia / Lepasan IPMA

Oleh Cikgu Shaari • January 29, 2021 • 2 min baca

MARA: Tawaran Pembiayaan Usahawan PUTRA RM10,000 Buat Belia / Lepasan IPMA
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

MARA menawarkan Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (PUTRA) buat lepasan Institusi pendidikan MARA atau belia yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan dan memerlukan pembiayaan atau suntikan modal.

Bermula Januari 2021, MARA telah memaklumkan semua permohonan kemudahan pembiayaan perniagaan MARA hendaklah dibuat secara atas talian menerusi portal rasmi MARA dengan panduan yang ditetapkan.

Bagi yang berminat untuk dapatkan pembiayaan PUTRA, semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan di perkongsian bawah.

KADAR PEMBIAYAAN PUTRA

Had maksimum/ had pembiayaan bagi skim kemudahan pembiayaan PUTRA adalah:

  • Kadar pembiayaan PUTRA: Sehingga RM10,000

Tempoh pembiayaan adalah:

  • 1 – 3 tahun @ 12 – 36 bulan

JENIS PERNIAGAAN YANG LAYAK

Permohonan pembiayaan boleh dibuat oleh:

  • Milikan Tunggal – pemilik perniagaan
  • Perkongsian/ Perkongsian Liabiliti Terhad – salah seorang rakan kongsi
  • Syarikat Sdn. Bhd – wakil yang diberi kuasa mengikut resolusi syarikat

SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat asas kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan berstatus Bumiputera
  • Berumur antara 18 hingga 40 tahun
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  • Mempunyai Lesen/Permit/ Surat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Dokumen yang diperlukan bagi permohonan pembiayaan MARA adalah mengikut Senarai Semak Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA yang boleh didapati di skrin permohonan.
  • Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (permohonan pembiayaan PRiN dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan PUTRA yang ditawarkan oleh MARA ini, anda boleh buat permohonan secara online melalui :

Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA

Status permohonan boleh disemak secara atas talian melalui sistem yang sama atau menghubungi Pejabat MARA Daerah (PMD) melalui emel atau telefon. Nombor telefon dan emel PMD boleh didapati di skrin permohonan.

Pertanyaan lanjut boleh diemelkan kepada infobpn@mara.gov.my atau menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA atau Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri (PMN).

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.