Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

KWSP Beri Peringatan Waspada Emel Palsu Berkenaan Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar

Oleh Cikgu Shaari • January 29, 2021 • 2 min baca

KWSP Beri Peringatan Waspada Emel Palsu Berkenaan Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Ahli KWSP, sila ambil perhatian! Memandangkan pengeluaran simpanan Akaun 1 melalui i-Sinar KWSP kini sedang mendapat perhatian ramai, pastikan anda sentiasa berwaspada dengan scammer-scammer yang giat menjalankan aktiviti mereka sekarang.

Scammer atau penipuan secara online ini sentiasa bijak mencari peluang untuk “merompak wang ” mangsa dengan pelbagai cara secara atas talian. Jadi kita sebagai pengguna mestilah bijak dalam berurusan, jangan sampai terkena.

Pihak KWSP melalui laman Facebook telah memberi peringatan buat pengguna berkenaan email palsu berkenaan bayaran lebihan cukai i-Sinar.

WASPADA EMAIL PALSU BAYARAN LEBIHAN CUKAI

Penipuan ini telah tular kepada beberapa pengguna yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Sinar. Email PALSU yang dihantar kepada ahli adalah:

  • Berkenaan bayaran lebihan cukai daripada pengeluaran i-Sinar (EMEL PALSU)

Semua Ahli diminta waspada dan ABAIKAN emel berkenaan. Pihak KWSP telah menjelaskan bahawa:

  • Semua pengeluaran simpanan KWSP TIDAK DIKENAKAN CUKAI

KWSP juga ingin menegaskan bahawa emel tersebut adalah untuk phishing data peribadi ahli. Pastikan anda dapatkan informasi sahih berkenaan i-Sinar yang dikemaskini dari semasa ke semasa melalui i-Sinar Online dan media sosial rasmi KWSP.

Ahli juga diminta untuk waspada dengan 5 LAGI PENIPUAN I-SINAR yang sedang berleluasa sekarang dan ketahui bahawa permohonan i-sinar kategori 3 adalah TIDAK WUJUD.

Baca juga: i-Sinar: Tempoh Diambil Untuk Kelulusan & Duit Masuk Bagi Permohonan Baru i-Sinar

KWSP Beri Peringatan Waspada Emel Palsu Berkenaan Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.