Pembayaran BPN IPT: Pelajar USM Diminta Untuk Update Akaun Bank Di Portal eFAS Untuk Menerima Bayaran

Khas buat pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang bakal menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Seperti yang kita tahu, setiap pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk Matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS akan menerima bantuan pelajar sebanyak RM200 secara one off (sekali bayar).

Untuk pengetahuan semua, cara tuntutan atau permohonan BPN bagi pelajar IPT adalah tidak sama dengan kategori lain. Jadi pelajar IPT tidak perlu membuat permohonan melalui laman sesawang LHDN atau BSH.

Setiap universiti akan memaklumkan cara membuat permohonan kepada pelajar dari masa ke semasa. Pelajar hanya perlu menunggu makluman daripada pihak universiti berkaitan tuntutan bantuan ini.

Bagi pelajar USM, anda diminta kemaskini butiran bank anda dalam myAccount anda di eFas sebelum 17 April 2020 untuk menerima bantuan anda.

Ikuti perkongsian di bawah untuk cara kemaskini maklumat bank di eFas buat pelajar USM.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT BANK DI eFAS

Ikuti langkah berikut bagi kemaskini MyAccount anda di eFas.

Pembayaran BPN IPT. Pelajar USM Diminta Untuk Update Akaun Bank Di Portal eFAS Untuk Menerima Bayaran Pembayaran BPN IPT. Pelajar USM Diminta Untuk Update Akaun Bank Di Portal eFAS Untuk Menerima Bayaran Pembayaran BPN IPT. Pelajar USM Diminta Untuk Update Akaun Bank Di Portal eFAS Untuk Menerima Bayaran Pembayaran BPN IPT. Pelajar USM Diminta Untuk Update Akaun Bank Di Portal eFAS Untuk Menerima Bayaran

Diingatkan lagi tarikh kemaskini adalah sehingga 17 April 2020 sahaja! Kongsi juga kepada rakan-rakan anda di USM supaya tidak ada yang terlepas daripada menerima bantuan ini. Buat pelajar daripada institusi lain, info lanjut mengenai cara tuntutan wang BPN akan disusuli di perkongsian akan datang.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma