Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Boleh Ke Batalkan Permohonan I-Sinar Atau Mohon Sekali Lagi? Ini Jawapan Jelas Buat Anda

Oleh Cikgu Shaari • December 24, 2020 • 2 min baca

Boleh Ke Batalkan Permohonan I-Sinar Atau Mohon Sekali Lagi? Ini Jawapan Jelas Buat Anda
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Permohonan i-Sinar telah dibuka bagi kategori 1 beberapa hari lepas. Jika anda sudah berjaya hantar permohonan, sila sabar menunggu tarikh semakan status permohonan i-Sinar untuk tahu keputusan permohonan lulus atau tidak.

Bagi yang belum hantar permohonan, jangan risau kerana permohonan i-Sinar adalah dibuka selama 6 bulan iaitu sehingga Jun 2021! Tidak perlu tergesa-gesa buat permohonan sehingga melakukan kesilapan.

Dengar cerita, ramai yang tersalah buat permohonan i-Sinar kategori baru-baru ini? Bolehkan batalkan permohonan i-Sinar tersebut dan buat permohonan baru?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui sama ada anda boleh batalkan permohonan i-Sinar dan buat permohonan baru atau tidak.

KESALAHAN MEMOHON i-SINAR

Antara kesalahan yang Ahli lakukan ketika buat permohonan i-Sinar yang dibuka baru-baru ini adalah:

  • Tersalah isi nombor IC – Menyebabkan log masuk tidak berjaya
  • Tersalah masukkan nombor telefon – Akan berlaku masalah penghantaran OTP
    * Pastikan anda kemaskini nombor telefon jika berlaku pertukaran untuk memudahkan urusan permohonan i-Sinar
  • Keliru dengan kaedah pengeluaran i-Sinar
  • Tersilap masukkan amaun yang sepatutnya
  • Tersalah pilih jadual pembayaran

BOLEH KE BATALKAN PERMOHONAN I-SINAR

Berbalik kepada persoalan utama, boleh ke batalkan permohonan i-Sinar dan buat permohonan baru jika tersalah mohon? Jawapannya adalah:

  • TIDAK BOLEH

Untuk makluman anda, setakat ini tiada sebarang pindaan atau pembatalakan permohonan i-Sinar boleh dibuat bagi permohonan yang telah dihantar. Ahli adalah dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memilih amaun bayaran kerana pertukaran amaun hanya boleh dibuat SEBELUM permohonan dihantar.

Ahli adalah dinasihatkan supaya membaca dan menyemak maklumat yang tertera di atas skrin terutamanya amaun bayaran yang telah dipilih.

PERANCANGAN PERMOHONAN i-SINAR

Bagi yang masih belum membuat permohonan i-Sinar dan bercadang untuk membuat permohonan, anda dinasihatkan untuk membuat perancangan sebaiknya sebelum tersilap membuat keputusan sebagaimana ramai orang telah lakukan.

  • Pastikan anda SEMAK BAKI AKAUN 1 KWSP anda terlebih dahulu untuk perancangan kewangan yang baik
  • Tetapkan jumlah kewangan yang anda betul-betul perlukan sahaja
  • Ikut panduan permohonan i-Sinar yang betul semasa membuat permohonan
  • Berhati-hati semasa memilih amaun bayaran kerana pertukaran amaun hanya boleh dibuat SEBELUM permohonan dihantar.
    Boleh Ke Batalkan Permohonan I-Sinar Atau Mohon Sekali Lagi? Ini Jawapan Jelas Buat Anda
  • Ahli adalah dinasihatkan supaya membaca dan menyemak maklumat yang tertera di atas skrin terutamanya amaun bayaran yang telah dipilih.

Sudah terjawab persoalan mengenai pembatalan dan pindaan permohonan i-Sinar jika tersalah mohon? Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus rujuk dengan pihak KWSP di talian yang disediakan iaitu:

  • i-Sinar Hotline: 03 8922 4848
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.