2 Jenis Kit Ujian Kendiri Covid-19 Yang Telah Dibatalkan Kelulusan MDA
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah membatalkan kelulusan bersyarat bagi kit ujian kendiri COVID-19 daripada Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad. Pembatalan kelulusan kedua jenis ujian kendiri yang dimaklumkan ini adalah berkuat kuasa SERTA MERTA.
Orang ramai diminta ambil perhatian dan tidak membeli kit ujian kendiri Covid-19 yang telah dibatalkan kelulusan oleh MDA. MDA telah menguji 22 jenama. Setakat ini, 12 keputusan telah diperolehi dan mendapati 2 kit tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai kit ujian kendiri Covid-19 yang telah dibatalkan.
Isi Kandungan
2 JENIS KIT UJIAN KENDIRI COVID-19 YANG TELAH DIBATALKAN KELULUSAN
Berikut adalah 2 jenis kit ujian kendiri Covid-19 yang telah dibatalkan kelulusannya
- Covid-19 (SARIS-CoV-2) Antigen test kit (Colloidal Gold)- Saliva
Pengilang: Anhui Deepblue Medical Technology Co., Ltd.P.R Chinca - Wiz Biotech SARS- CoV-2 Antigen Rapid Test (Masal swab)
Pengilang: Xiamen Wiz Biotech Co. Ltd., P.R China
PUNCA PEMBATALAN
Pembatalan ini dibuat kerana:
- establismen tersebut telah gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA dan berkuat kuasa serta merta
MDA juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikuatiri tidak selamat untuk digunakan.
Saya telah menerima beberapa aduan berkenaan kit ujian kendiri COVID-19 yang ada di pasaran. MDA telah menguji 22 jenama. Setakat ini, 12 keputusan telah diperolehi dan mendapati 2 kit tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan. Kelulusan 2 kit ini digantung serta-merta. pic.twitter.com/svwbHNRcKv
β Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) April 11, 2022