Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Permohonan Bantuan Tabung Amanah KPYPJ Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • April 13, 2022 • 2 min baca

Permohonan Bantuan Tabung Amanah KPYPJ Kini Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bantuan Tabung Amanah KPYPJ tahun 2022 kini dibuka kepada semua pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor yang memerlukan bantuan dari segi kewangan. Pelajar yang memerlukan bantuan ditawarkan hendaklah menghantar permohonan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Bagi pelajar yang berkelayakan, permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang permohonan melalui Google Form di pautan yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bagi Bantuan Tabung Amanah KPYPJ bagi sesi 1/2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 10 April sehingga 10 Mei 2022

JENIS BANTUAN

Jenis bantuan yang ditawarkan adalah:

  • Sara Diri
  • Keperluan Pengajian/Peralatan
  • Kos Rawatan/ Perubatan

SYARAT PERMOHONAN

Pelajar perlulah penuhi syarat-syarat berikut untuk membuat permohonan bantuan:

  • Merupakan pelajar KPYPJ
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,500.
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan PTPN hanya layak memohon Bantuan Sara Diri.
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan YPJ hanya layak memohon Bantuan Keperluan Pengajian/Peralatan.

CARA MEMOHON

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan sekarang sehingga 10 Mei 2022. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan berikut:

Lengkapkan maklumat pemohon yang diminta dan klik NEXT dan SUBMIT sehingga selesai isi permohonan bantuan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman www.kypj.edu.my. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi pegawai bertugas iaitu Puan Shuhaida di talian 013 724 7409 atau Miss Fiqa di 013 755 6348.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.