Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Cara Mohon Jawatan Penolong Jurutera & Pembantu Tadbir KKM Dengan SPM/ Diploma Melalui Email

Oleh Cikgu Shaari • January 4, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Penolong Jurutera & Pembantu Tadbir KKM Dengan SPM/ Diploma Melalui Email
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

MySTEP merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat Malaysia. Institut Perubatan Respiratori, KKM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan yang ditawarkan di bawah MySTEP .

Kepada graduan yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki sekurang-kurangnya sijil SPM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempelawa anda untuk mohon kekosongan MyStep yang ditawarkan dan berkhidmat bagi tahun 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Nama jawatan: Penolong Jurutera (Mekanikal/ Elektrik) JA29 & Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19
  • Penempatan: Institut Perubatan Respiratori, KKM
  • Tarikh tutup permohonan: 7 Januari 2022
  • Gaji ditawarkan: RM1,800 (Gred JA29) / RM1,600 (Gred N19)

Antara kemudahan yang disediakan adalah:

  • Caruman KWSP & Perkeso
  • Cuti rehat 12 hari setahun
  • Cuti sakit 14 hari setahun

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Bujang (Lelaki/ Perempuan)
  • Lengkap vaksinasi Covid-19
  • Tinggal di kawasan Kuala Lumpur/ Lembah Klang

CARA MEMOHON

Calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan mestilah buat permohonan selewat-lewatnya pada 7 Januari 2022. Untuk buat permohonan, calon mestilah menghantar dokumen yang diperlukan kepada alamat emel berikut:

  • jpr_perkhidmatan@moh.gov.my

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dikemukakan:

  • Resume terkini
  • Sijil Vaksinasi Covid-19

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Selain melalui email, permohonan juga boleh dihantar terus ke alamat berikut:

  • Institut Perubatan Respiratori
    Unit Pentadbiran & Perkhidmatan
    Tingkat 1 Blok Kenanga
    Jalan Pahang
    50590 Kuala Lumpur

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi En. Mohammad Mustafa bin Melan di talian 03 40232966.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.