Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Mohon Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat KEMAS Dengan Minima SPM/ SVM

Oleh Cikgu Shaari • December 14, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat KEMAS Dengan Minima SPM/ SVM
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan  untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan secara kontrak (contract of service) seperti yang diiklankan. Permohonan dibuka bagi mengisi jawatan sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19.

Warganegara Malaysia dengan kelayakan minima SPM/ SVM atau setaraf boleh hantar permohonan sekarang secara online melalui laman yang disediakan bermula 13 Disember hingga 2 Januari 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  • Nama jawatan: Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
  • Taraf jawatan: Kontrak (contract of service)
  • Tarikh tutup: 2 Januari 2022

BIDANG PENDIDIKAN KEMAHIRAN

  • Jahitan
  • Masakan
  • Seni Tangan
  • Dandanan Diri
  • Pendidikan Kesejahteraan Keluarga
  • Literasi Komputer

BIDANG PEMBANGUNAN KOMUNITI

  • Bina Insan
  • Pusat Sumber
  • Gerakan Daya Wawasan
  • Pendidikan Literasi Fungsian

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) subjek Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan
  • Keutamaan kepada calon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut bidang jawatan
  • Bukan kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan kerajaan

CARA MOHON

Sekiranya anda berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara online selewat-lewatnya 2 Januari 2022 (Ahad). Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan berikut:

Pemohon hanya dibenarkan untuk mengisi SATU jawatan sahaja. permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat akan ditolak. Hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja akan diproses.

Calon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan. Rujuk iklan penuh jawatan kosong yang ditawarkan di bawah:

Cara Mohon Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat KEMAS Dengan Minima SPM/ SVM

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.