Cara Mohon Salinan Sijil SPM, PMR, STPM & MUET Melalui e-Lembaga Peperiksaan (eLP) •Bantuan Yuran Tadika Selangor RM50 Sebulan, Ini Syarat Dan Cara Mohon TUNAS YAWAS •Dah Dapat Tawaran KPTM? Ini 4 Langkah Penting Yang Pelajar Perlu Buat Segera •Klik Terima Tawaran TVET 2026 Dibuka Mulai 25 Mei, Calon Perlu Buat Pilihan Segera •Cara Bina Networking Untuk Dapat Kerja Tahun 2026, Bukan Sekadar Hantar Resume • Cara Mohon Salinan Sijil SPM, PMR, STPM & MUET Melalui e-Lembaga Peperiksaan (eLP) •Bantuan Yuran Tadika Selangor RM50 Sebulan, Ini Syarat Dan Cara Mohon TUNAS YAWAS •Dah Dapat Tawaran KPTM? Ini 4 Langkah Penting Yang Pelajar Perlu Buat Segera •Klik Terima Tawaran TVET 2026 Dibuka Mulai 25 Mei, Calon Perlu Buat Pilihan Segera •Cara Bina Networking Untuk Dapat Kerja Tahun 2026, Bukan Sekadar Hantar Resume •

Cara Mohon Pelbagai Jawatan Di JKR Dengan Kelayakan PMR/ SPM/ STPM/ Diploma

Oleh Cikgu Shaari • December 14, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon Pelbagai Jawatan Di JKR Dengan Kelayakan PMR/ SPM/ STPM/ Diploma
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Kedah Darul Aman) seperti yang diiklankan. Jawatan yang ditawarkan adalah bagi penempatan kerja di Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pelbagai jawatan kosong ditawarkan. Individu yang berkelayakan boleh buat permohonan dengan kelayakan minima PMR/ SPM/ STPM/ Diploma atau setaraf dengannya. Permohonan boleh dibuat secara online melalui Portal iKERJA.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Jabatan Kerja Raya
  • Nama jawatan: Pelbagai jawatan
  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Penempatan: Kedah Darul Aman
  • Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2021

SENARAI JAWATAN DITAWARKAN

Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah mempelawa orang ramai mohon jawatan yang ditawarkan iaitu:

  • Jurutera Awam J41
  • Penolong Jurutera (Awam) JA29
  • Penolong Jurutera (Mekanikal) JA29
  • Penolong Jurutera (Elektrik) JA29
  • Penolong Juruukur Bahan JA29
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operas) N19
  • Pembantu Operasi N11

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan boleh dibuat oleh individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri  Kedah Darul Aman

CARA MOHON

Sekiranya anda berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sebelum 19 Disember 2021. Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan melayari Portal iKERJA di pautan berikut:

Pemohon perlu daftar sebagai pengguna terlebih dahulu untuk buat permohonan:

Hanya permohonan yang dihantar sebelum atau pada  tarikh tutup sahaja akan dipertimbangkan. Keutamaan akan diberikan kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman. Untuk sebarang keterangan lanjut, anda boleh rujuk kepada:

  • Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
    Jabatan Kerja Raya
    Negeri Kedah Darul Aman
  • Tel: 04 733404

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.