HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) • HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) •

20 Program Akademik Di Universiti Malaya (UM) Yang Dihentikan

Oleh Cikgu Shaari • July 18, 2022 • 2 min baca

20 Program Akademik Di Universiti Malaya (UM) Yang Dihentikan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Institusi pengajian tinggi (IPT) tertua negara, Universiti Malaya (UM) menghentikan 20 program akademiknya selepas kajian mendapati ia tidak lagi relevan dengan keperluan pasaran dan keadaan semasa.

Langkah yang bermula pada sesi pengajian 2021/2022 itu juga bagi memastikan graduan UM selepas ini mudah mendapat pasaran kerja serta memenuhi kehendak industri berbanding menawarkan kursus yang akhirnya menyebabkan lulusan UM ditawarkan kerja tidak sepadan dengan ilmu dipelajari.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai program akademik di Universiti Malaya (UM) yang telah dihentikan.

SEBAB 20 PROGRAM PENGAJIAN UM DIHENTIKAN

Pemansuhan semua program akademik itu membabitkan pelbagai peringkat pengajian:

  • Masing-masing 13 program tidak popular atau bilangan graduan yang rendah
  • 7 lagi berikutan keperluan penawaran program baharu

SENARAI PROGRAM PENGAJIAN YANG DIHENTIKAN

Antara program akademik yang dimansuhkan adalah:

  • Sarjana Muda Sains Bioinformatik
  • Sarjana Muda Sains (Sains Bahan)
  • Sarjana Muda Sains Biokesihatan
  • Sarjana Muda Sains Pengajian Sains dan Teknologi
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Matematik)
  • Sarjana Pendidikan (Perancangan dan Pentadbiran)
  • Sarjana Kepimpinan Pendidikan
  • Sarjana Kejuruteraan Sistem Kuasa
  • Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi)
  • Sarjana Penyelidikan Ekonomi
  • Sarjana Penyelidikan Pentadbiran Awam

Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Mohd Hamdi Abd Shukor, berkata pemansuhan itu dibuat mengikut kriteria ditetapkan oleh Kajian Indeks Kelestarian Program (IKP), yang antara lain turut mengambil kira tahap populariti, keluaran atau graduan rendah serta program akademik yang tidak berdaya saing.

fokus IKP terbahagi kepada dua, iaitu populariti dan kebolehpasaran program akademik dengan kajian itu dibangunkan tanpa membabitkan maklum balas industri, sebaliknya berdasarkan analisis data mengenai trend pencapaian program bagi beberapa sesi akademik berpandukan dua kriteria berkenaan.

ANALISIS PENCAPAIAN PROGRAM

Proses analisis pencapaian program dibuat mengikut empat kriteria, iaitu:

  • Penentuan skor subkriteria dan markah pencapaian setiap program
  • Penetapan tahap pencapaian program berdasarkan markah pencapaian
  • Penentuan kategori berdasarkan analisis tahap pencapaian bagi setiap program
  • Tindakan Kelestarian Program (TKP)

Berdasarkan analisis statistik yang diperoleh, tahap pencapaian program dikategorikan mengikut julat pencapaian, iaitu cemerlang, sangat memuaskan, memuaskan, tidak memuaskan dan sangat tidak memuaskan.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.