Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

i-Miliki: Kerajaan Tawar Insentif Pengecualian Duti Setem 100% Untuk Pembelian Rumah

Oleh Cikgu Shaari • July 18, 2022 • 2 min baca

i-Miliki: Kerajaan Tawar Insentif Pengecualian Duti Setem 100% Untuk Pembelian Rumah
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 Julai 2022 telah mengumumkan pengecualian duti setem sehingga 100 peratus bagi pemilikan rumah pertama berharga RM500,000 dan ke bawah menerusi inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-MILIKI).

Meskipun pengecualian duti setem itu akan mengurangkan kutipan hasil kepada negara, namun Perdana Menteri menegaskan bahawa tindakan itu merupakan komitmen kerajaan kepada Keluarga Malaysia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-MILIKI).

TEMPOH PENGECUALIAN CUKAI DUTI SETEM

Perdana Menteri telah mengumumkan pengecualian duti setem menerusi inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-Miliki) adalah sepanjang tempoh berikut:

  • 1 Jun 2022 hingga Disember 2023

INSENTIF PENGECUALIAN CUKAI DUTI SETEM

Pengecualian duti setem bagi pemilikan rumah pertama menerusi inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-Miliki) adalah melibatkan:

  • Pengecualian 100% bagi pemilikan rumah pertama berharga sehingga RM500,000
  • Pengecualian 50% bagi rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta

Katanya, kerajaan melakukan pelbagai cara untuk memudahkan pemilikan rumah kediaman dalam kalangan Keluarga Malaysia seperti pemberian insentif pengecualian cukai duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman.

Ismail Sabri berkata inisiatif i-MILIKI melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama secara peringkat atau tier harga rumah.

MATLAMAT PEMBERIAN PENGECUALIAN CUKAI DUTI SETEM

Antara matlamat pemberian pengecualian cukai duti setem adalah:

  • Memastikan lebih ramai rakyat negara ini memiliki rumah terutama golongan B40
  • Kerajaan berharap lebih banyak kediaman mampu milik dapat disediakan oleh pihak pemaju perumahan yang menepati had pendapatan Keluarga Malaysia berdasarkan lokaliti
  • Membantu mempromosi perumahan untuk segenap lapisan masyarakat
  • Melihat ekosistem sektor perumahan secara holistik

Ismail Sabri juga berkata, lebih banyak program bersifat pendidikan seperti Kempen Bijak Beli Rumah dan Pemilikan Kediaman pada Usia Muda perlu diperhebatkan.

Ini pastinya dapat membantu Keluarga Malaysia khususnya pembeli rumah pertama mendapat pengetahuan tentang pemilikan hartanah dan memudahkan mereka membeli kediaman idaman mengikut kemampuan masing-masing.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.