Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •Ramai Ingat Cuti Biasa, Rupanya Ini Sebab Sebenar Hari Pekerja Disambut (Sejarah & Hak Yang Ramai Tak Tahu) •Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei • Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •Ramai Ingat Cuti Biasa, Rupanya Ini Sebab Sebenar Hari Pekerja Disambut (Sejarah & Hak Yang Ramai Tak Tahu) •Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei •

35,000 Kekosongan Jawatan Dalam Sektor Awam. Mohon Sekarang

Oleh Cikgu Shaari • October 9, 2020 • 3 min baca

35,000 Kekosongan Jawatan Dalam Sektor Awam. Mohon Sekarang
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Zainal Rahim Seman baru-baru ini, sekitar 35,000 kekosongan jawatan dalam sektor awam. Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh jabatan itu, terdapat sekurang-kurangnya 1.25 juta pemohon setiap tahun.

Dengan sistem permohonan pekerjaan yang baru diperkenalkan baru-baru ini iaitu SPA9, ia akan lebih mudah dan cepat bagi pemohon untuk ditawarkan pekerjaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan jawatan sektor kerajaan.

KEKOSONGAN JAWATAN SEKTOR AWAM

Menurut pengerusi SPA, kekosongan sebanyak 35,000 yang dibuka itu meliputi:

  • 15,000 jawatan tetap
  • 15,000 – 20,000 jawatan kontrak

Jumlah itu adalah berdasarkan kuota lantikan tahunan.

KELEBIHAN SISTEM BAHARU SPA9

Untuk makluman anda, sistem terbaru SPA9 yang menggantikan SPA8i merupakan satu sistem padanan yang menawarkan jawatan yang paling sesuai dengan pemohon berdasarkan keperluan dan latar belakang pendidikan.

Antara kelebihan sistem SPA9 yang bakal memberi manfaat kepada pemohon adalah:

  • Memberi jaminan pemohon mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkan pekerjaan
  • Lebih efisien berbanding sistem sebelumnya
  • Dapat mengenalpasti pemohon yang merupakan pemegang kad OKU, penerima bantuan eKasih dan lesen memandu juga secara automatik yang dijana terus menggunakan sistem yang diintegrasikan
  • Berkonsepkan ciri-ciri keselamatan dan kerahsiaan maklumat
  • Menjadikan proses semakan kelayakan, permohonan jawatan dan tapisan melalui SPA9 lebih mudah dan mesra pengguna.

PENDAFTARAN SPA9

Permohonan kerja dalam sektor awam boleh dibuat melalui sistem SPA9. Klik pautan berikut untuk pendaftaran SPA9:

  • Daftar Akaun Baru – Bagi yang belum pernah mendaftar SPA8i dan akaun tamat tempoh
  • Dapatkan ID Baru – Bagi yang sudah pernah daftar akaun SPA8i dan akaun masih aktif

MAKLUMAT PENDAFTARAN PEKERJAAN SPA9

Berikut adalah maklumat pendaftaran pekerjaan dalam SPA9 yang anda perlu tahu:

  • Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);
  • Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran;
  • Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower, iaitu:
    a. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
    b. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
    c. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.

Pemohon dinasihatkan untuk elakkan kesilapan yang boleh menyebabkan calon gagal mendapat tawaran SPA semasa membuat pendaftaran pekerjaan di SPA9. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan sistem SPA9, anda boleh ajukan terus ke laman Sistem ePertanyaan SPA.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.