Tempoh Perkhidmatan Guru Interim Tahun 2019 Dilanjutkan Untuk Tempoh 1 Tahun

BY Cikgu Shaari // 26.05.2022 // 1 min baca

Tempoh Perkhidmatan Guru Interim Tahun 2019 Dilanjutkan Untuk Tempoh 1 Tahun
VISUAL.ARCHIVE // 2022

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini, perkara berkaitan perkhidmatan guru interim bagi lantikan tahun 2019 sememangnya dalam perhatian KPM. Kini KPM telah umumkan pelanjutan tempoh perkhidmatan guru interim KPM bagi lantikan tahun 2019.

KPM sentiasa bekerjasama rapat dan berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi menambahbaik perkhidmatan sektor pendidikan negara, khususnya dalam urusan pelantikan guru-guru di sekolah bawah KPM termasuk guru interim.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelanjutan tempoh perkhidmatan guru interim KPM bagi lantikan tahun 2019.

PELANJUTAN TEMPOH PERKHIDMATAN GURU INTERIM KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa pelanjutan tempoh perkhidmatan Guru Interim adalah melibatkan:

  • Guru Interim lantikan 2019

Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh:

  • Tempoh lanjutan: 1 tahun lagi

Pelanjutan tempoh ini adalah bagi membolehkan urusan temuduga dan lantikan tetap untuk guru-guru yang telah memenuhi syarat diselesaikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Sementara itu, bagi Guru Interim lantikan sebelum tahun 2019, mereka juga hendaklah memastikan syarat-syarat lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dipenuhi bagi membolehkan perakuan dibuat oleh KPM sebelum dikemukakan kepada SPP untuk urusan temuduga dan lantikan tetap.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

AUTHOR_PROFILE

Cikgu Shaari

Masa Tidak Menunggu Sesiapa.

JANGAN JADI
BIASA.