Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap • Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •

Bakal Graduan, Ini Nasihat Berguna Oleh Penerima Anugerah Pelajaran DiRaja

Oleh Cikgu Shaari • May 26, 2022 • 2 min baca

Bakal Graduan, Ini Nasihat Berguna Oleh Penerima Anugerah Pelajaran DiRaja
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bagi yang tak tahu, Anugerah Pelajaran DiRaja diberi kepada pelajar yang tamat pengajian dengan tujuan untuk memberi pengiktirafan yang tertinggi dan dianugerahkan kepada seseorang graduan yang mana mutu dan hasil pencapaian akademiknya adalah yang terbaik.

Boleh dikatakan graduan yang menerima anugerah ini adalah seorang graduan yang hebat kerana bukan senang ya seorang pelajar universiti nak terima anugerah ini! Seorang  penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) telah kongsikan beberapa nasihat berguna untuk bakal graduan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penerima Anugerah Pelajaran Diraja ini dan nasihat yang anda perlu ambil maklum.

PENERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA

Penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) Konvokesyen Ke-21 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Muhammad Ruzain Hamidon merupakan seorang yang aktif dalam pelbagai kegiatan ko-kurikulum terutamanya yang berkaitan kepimpinan, mobiliti, debat dan pidato.

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Pelajar Awam dan Construction Brigade di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB) bagi Sesi 2018/2019.

Di peringkat kebangsaan beliau telah terpilih ke Malaysia Youth Leader Assembly 2020 dan di peringkat antarabangsa telah mewakili Malaysia ke ASEAN Future Leader Summit bagi tahun 2020 dan 2021.

Beliau juga aktif menyertai program mobiliti pelajar di peringkat antarabangsa seperti China-Malaysia TVET and Culture Centre, dan Asia Technological University Network (ATU-Net) Online Global Culture.

Minat dan kebolehan beliau dalam debat dan pidato juga terserlah, antaranya apabila beliau menjadi panel Jemputan dalam E-Forum Kebangsaan (Belia Malaysia: Bersediakah di Pentas Global?) pada September 2020.

NASIHAT KEPADA BAKAL GRADUAN

Beliau sempat meninggalkan berpesan kepada bakal-bakal graduan di luar sana antaranya :

  • Jangan sekadar mengejar segulung ijazah, perbetulkan niat untuk menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.
  • DUIT : Doa – selalu berdoa supaya dipermudahkan urusan di dunia mahupun di akhirat).
  • Usaha – Usaha sedaya mungkin dalam melakukan sesuatu, sekali jatuh bukan selama-lamanya jatuh).
  • Iktibar – terima segala hakikat jika Tuhan sudah tetapkan bukan rezeki kita, namun begitu, teruskan berusaha).
  • Tawakal – kita sudah usaha, kita sudah berdoa, selebihnya berserahlah kepada Allah.
  • Seimbangkan akademik dan kokurikulum, berani untuk meneroka sesuatu yang baharu supaya boleh menjadi nilai tambah kepada diri.
  • Hormati barisan pengajar, jika barisan pengajar mempunyai salah atau silap, tegur secara baik dan beradab kerana manusia mampu memperbaiki diri untuk menjadi lebih sempurna.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran dan cahaya kepada pelajar universiti dan bakal graduan untuk tamatkan pengajian dengan cemerlang sebagai pelajar yang bermutu.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.