Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Kafa-i: Bantuan Yuran Kelas KAFA RM30 Sebulan Buat Setiap Keluarga B40

Oleh Cikgu Shaari • May 27, 2022 • 2 min baca

Kafa-i: Bantuan Yuran Kelas KAFA RM30 Sebulan Buat Setiap Keluarga B40
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan Selangor pada November 2022 telah membentangkan Belanjawan 2022 berjumlah RM2.343 bilion merangkumi RM1.22 bilion atau 52 peratus bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.123 bilion atau 48 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.

Belanjawan Selangor 2022 membabitkan lima teras yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi berimpak tinggi, membangun masyarakat penyayang, mengukuhkan agenda kesihatan awam, mewujudkan persekitaran hijau serta mengoptimumkan digitalisasi di seluruh Selangor.

Salah satu bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2022 pemberian subsidi yuran Kelas al-Quran dan Fardu Ain Integrasi (Kafa-i) bagi meringankan beban keluarga B40.

BANTUAN YURAN KELAS KAFA (KAFA-I)

Keputusan Kerajaan Selangor memberi subsidi yuran Kelas al-Quran dan Fardu Ain Integrasi (Kafa-i) meringankan beban murid keluarga berpendapatan rendah (B40). Seperti dibentangkan dalam Belanjawan Selangor 2022, seramai 14,000 murid daripada keluarga B40 akan menerima manfaat ini.

Bantuan Yuran Kelas KAFA akan diberikan sebanyak:

  • RM30 sebulan

GOLONGAN SASARAN

Bantuan Yuran KAFA (Kafa-i) ini dikatakan akan memberi manfaat kepada:

  • 14,000 murid daripada keluarga B40

MATLAMAT PEMBERIAN BANTUAN KELAS KAFA (KAFA-I)

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pemberian sekali bayar itu julung kali dilaksanakan dan inisiatif juga sebagai:

  • Meringankan beban murid keluarga berpendapatan rendah (B40)
  • Membantu mengurangkan kesempitan rakyat
  • Galakan kepada masyarakat menyediakan pendidikan agama Islam untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun.
  • Melancarkan urusan pembelajaran pelajar
  • Menyelesaikan masalah keluarga susah, bantu pendidikan mereka

Maklumat lanjut berkenaan syarat kelayakan serta panduan permohonan Bantuan Yuran KAFA (Kafa-i) ini akan dikemaskini semula setelah mendapat makluman baharu dari kerajaan negeri.

Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban keluarga B40 bagi memudahkan urusan pembelajaran anak.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.