Pelan Perdapatan Untuk Kukuhkan Kewangan Selepas Bersara. Penting Untuk Semua Orang
Pernah terfikir tak apa yang bakal terjadi apabila sudah bersara nanti? Bagi yang bekerja kerajaan dan memilih untuk mengambil Skim Pencen, mungkin masalahnya tidak besar. Bagi yang bekerja swasta dan kerajaan yang memilih untuk carum KWSP, sudahkah anda buat persediaan untuk persaraan nanti?
Jangan pula anda harapkan wang simpanan KWSP semata-mata untuk jadikan kegunaan masa hadapan. Bagi yang lepas bersara masih perlu bayar hutang rumah kereta dan sebagainya, takkan nak harapkan duit KWSP sahaja?
Oleh itu, perkongsian ini adalah bagi memberi panduan pelan pendapatan untuk anda sebagai persediaan dari segi kewangan selepas bersara nanti.
Isi Kandungan
DAH BERSARA BARU NAK TAMBAH PENDAPATAN?
Sebenarnya ia adalah satu tindakan yang kurang baik sekiranya kita baru hendak mencari cara tambah pendapatan selepas bersara. Adalah lebih baik sekiranya kita membuat persediaan paling awal bagi mengurangkan kesan kesan negatif ketika kita mahu bersara nanti.
Pasti ramai yang mengharapkan wang simpanan KWSP untuk lepas bersara nanti kan?Tahukah anda, wang simpanan kwsp anda adalah untuk menyara anda makan minum ketika anda sudah bersara dan tiada kerja.
Dengan kata lain, memang tidak patut sekiranya anda gunakan wang tersebut untuk urusan beli rumah, besarkan rumah, beli itu ini dan sebagainya. Lebih baik anda beli rumah ketika anda masih mudah dan pastikan sudah habis bayar ketika anda bersara.
PERSEDIAAN KEWANGAN SELEPAS BERSARA
KWPS
Pastikan wang kwsp adalah untuk tujuan makan minum yang mencukupi untuk tempoh 20 tahun selepas bersara. Kalau anda hendak bersara dengan “gaji” RM1000 sebulan. Maka anda kira sendirilah kalau 20 tahun kena ada saving dalam kwsp berapa. Kalau tidak cukup, maka buatlah perancangan dari sekarang.
Baca juga: Cara Semak Penyata KWSP Secara Online
Rumah / Tempat Tinggal
Penting! pastikan ketika anda sudah bersara nanti, rumah atau kediaman tempat tinggal anda sudah habis bayar atau tinggal beberapa tahun sahaja lagi perlu diselesaikan ketika bersara. Kita tidak mahu anda terbeban hendak bayar ansurans bulanan rumah ketika anda masih mampu bekerja tetapi sukar mendapatkan kerja.
Bayangkan sudah bersara kerja, tiada pendapatan bulanan tetapi masih bayar hutang. Kan susah tu!
Simpanan ASB
Kalau anda mempunyai kemampuan kewangan dari sekarang, maka buatlah simpanan dalam amanah saham bumiputera. Ini adalah kaedah simpanan yang paling selamat buat masa ini untuk rakyat Malaysia. Dividen bulanan pun dapat, jadi tidak rugi pun jika anda buat simpanan ASB.
Baca juga: Cara Mudah Buka Akaun ASB
Public Mutual
Kalau ada kemampuan kewangan dari sekarang, anda mungkin boleh memilih membuat simpanan dalam bentuk pelaburan melalui Public Mutual. Jangan lupa pilih yang patuh syariah.
Hartanah
Masa muda dan mempunyai pendapatan ini lah masanya untuk anda membeli rumah tambahan untuk jadikan aset pelaburan jangka panjang. Anda boleh beli dan buat sewa atau homestay dan gunakan duit tersebut untuk membayar rumah ke-2 anda. Nanti bila dah bersara anda boleh jual kalau anda mahu ataupun sewakan salah satu rumah anda. Bulan-bulan duit sewa tersebut boleh jadi pendapatan anda.
Pendapatan Pasif
Kalau anda mahu lakukan kerja atau bisnes perniagaan yang mendatangkan pendapatan dalam bentuk pasif, lakukanlah. Seperti berniaga simkad buat duit, insurans/takaful, jual penapis air seperti Coway, Cuckoo, ChungHo dan sebagainya.
Bisnes seperti ini memberikan pendapatan dalam bentuk bulanan yang berterusan kalau anda berjaya lakukannya. Kuncinya untuk berjaya sebenarnya mudah sahaja, iaitu ‘rajin’.
Emas
Komoditi seperti emas adalah salah satu bentuk pelaburan yang boleh melawan inflasi untuk simpanan jangka panjang. Mungkin anda boleh mulakan dari sekarang dengan membeli 1 gram emas minima setiap bulan.
Berniaga
Anda boleh belajar cara menjual burger, air, kuih muih, nasi lemak, nasi campur dan banyak lagi. Anda juga boleh belajar cara membuat kek, air kordial, soya, cincau atau apa sahaja yang boleh memberikan anda pengalaman berniaga yang mendatangkan wang.
Untuk peringatan kira semua, masa muda sekaranglah masa untuk kita kumpul duit masa depan sebenarnya. Bukannya sekarang masa untuk habiskan wang untuk berseronok. Boleh berseronok, tetapi selitkan juga pelaburan untuk masa depan nanti.
Beli aset, buat pelaburan adalah penting bermula dari sekarang. Semoga bermanfaat!