Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •Bantuan Awal MUIP Ke IPT 2026 Dibuka: Semak Syarat, Cara Mohon & Dokumen Yang Perlu Disediakan •Sales Advisor Kereta: Betul Boleh Cecah RM20K Sebulan? Ini Realiti Sebenar Ramai Tak Cerita •Cara Carum KWSP Sendiri: Panduan Mudah Guna i-Akaun, Jimat Cukai & Tambah Simpanan Masa Depan •Nak Jadi Guru? Mula Dari Tadika Swasta Ini Strategi Paling Realistik Untuk Bina Kerjaya Pendidikan • Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •Bantuan Awal MUIP Ke IPT 2026 Dibuka: Semak Syarat, Cara Mohon & Dokumen Yang Perlu Disediakan •Sales Advisor Kereta: Betul Boleh Cecah RM20K Sebulan? Ini Realiti Sebenar Ramai Tak Cerita •Cara Carum KWSP Sendiri: Panduan Mudah Guna i-Akaun, Jimat Cukai & Tambah Simpanan Masa Depan •Nak Jadi Guru? Mula Dari Tadika Swasta Ini Strategi Paling Realistik Untuk Bina Kerjaya Pendidikan •

Penjawat Awam Yang Ingin Pilih ‘Skim KWSP’, Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu

Oleh Cikgu Shaari • August 21, 2020 • 2 min baca

Penjawat Awam Yang Ingin Pilih ‘Skim KWSP’, Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bagi penjawat awam yang telah dilantik atau bakal penjawat awam yang akan mendapat lantikan pasti tertanya-tanya nak pilih Skim Pencen atau KWSP? Dan persoalan yang lebih penting adalah ” Mana satu yang lebih baik dan lebih memberi manfaat untuk masa depan?”

Pekerja swasta pula tidak perlu susah-susah fikirkan hal ini kerana semuanya terikat kepada skim KWSP. Namun bagi penjawat awam, ini adalah antara dilema terbesar yang perlu mereka hadapi bagi menentukan masa depan.

Bagi yang berhasrat untuk pilih Skim KWSP, ikuti perkongsian di bawah untuk tahu beberapa perkara jika anda memilih skim ini.

FAEDAH PERSARAAN

Penjawat Awam yang pilih Skim KWSP dan ‘Bersara Wajib’ apabila mencapai umur persaraan akan terima faedah persaraan berikut:

  • Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
  • Kad Pesara Kerajaan (KWSP)
  • Kemudahan Perubatan (meliputi pesara Skim KWSP juga isteri/suami, anak-anak yang masih layak dan ibu bapa*)
  • Caruman KWSP Akaun Pekerja
  •  Caruman KWSP Akaun Majikan
  • Bantuan Mengurus Jenazah (jika mati dalam perkhidmatan atau mati dalam persaraan).

BILA BOLEH BUAT PENGELUARAN

Pengeluaran Sepenuhnya

Pegawai boleh membuat pengeluaran sepenuhnya (caruman Pekerja + Majikan) ketika:-

  • Ahli meninggal dunia – caruman ahli boleh dikeluarkan oleh orang yang dinamakan atau waris ahli
  • Ahli telah mencapai umur 55 tahun
  • Ahli tidak berkeupayaan dari segi fizikal atau mental untuk bekerja di dalam sebarang bentuk pekerjaan
  • Ahli yang terdiri dari bukan warganegara yang ingin meninggalkan Malaysia

Pengeluaran Sebahagian

Ahli boleh membuat pengeluaran sebahagian daripada simpanan untuk:

  • Membeli/Membina rumah
  • Mengurangkan/Menyelesaikan Pinjaman Perumahan
  • Mencapai umur 50 tahun
  • Menyertai Skim Pelaburan Ahli
  • Dividen Tahunan

TIADA ISTILAH BERSARA PILIHAN

Untuk makluman anda, tiada istilah ‘bersara pilihan’ bagi Penjawat Awam yang memilih Skim KWSP. Apabila penjawat awam tamat perkhidmatan, ianya dikira sebagai meletak jawatan. Jadi bila penjawat awam letak jawatan sebelum mencapai tarikh persaraan wajib, anda akan dapat caruman KWSP (akaun majikan dan akaun pekerja) sahaja.

Tiada sebarang GCR, ganjaran ataupun kad pesara akan diberikan kerana anda dikira sebagai meletak jawatan.

Untuk pengetahuan anda, keputusan untuk memilik Skim Pencen atau Skim KWSP adalah MUKTAMAD. Maksud muktamad dalam hal ini adalah tidak boleh dipinda-pinda. Bila dah pilih Skim Pencen, maksudnya tidak boleh ditukar ke Skim KWSP. Begitu juga sebaliknya.

Baca juga: Pelan Pendapatan Untuk Perancangan Kewangan Selepas Bersara

Jadi, bagi penjawat awam yang baru berkhidmat, buatlah pilihan sebaiknya dan rancang kewangan sebaiknya sebelum memilih.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.