Info

Pelajar Universiti dan Cukup Syarat Permohonan Bujang BPN, Adakah Akan Terima Bantuan BPN Pelajar dan Bujang Sekaligus? Baca Ini

April 2, 2020Oleh Cikgu Shaari2 min baca
Pelajar Universiti dan Cukup Syarat Permohonan Bujang BPN, Adakah Akan Terima Bantuan BPN Pelajar dan Bujang Sekaligus? Baca Ini

Saya pelajar universiti dan merupakan bujang, adakah saya layak terima Bantuan BPN bagi pelajar dan bujang sekaligus?

Pasti ramai di antara pelajar universiti berfikiran sebegitu. Betul lah, pelajar juga seorang bujang. Jika diikutkan kelayakan BPN untuk menerima bantuan untuk bujang pun, pelajar universiti juga memenuhi syarat itu.

Namun adakah pelajar universiti berhak untuk menerima kedua-dua bantuan itu sekaligus? Baca perkongsian di bawah untuk ketahui jawapannya.

ADAKAH PELAJAR UNIVERSITI AKAN DAPAT BANTUAN BUJANG JUGA?

Berikut adalah perkongsian jawapan yang dijawab oleh Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC yang membantu menjawab soalan pelajar yang keliru mengenai kelayakan mereka menerima bantuan bujang dan pelajar sekaligus.

Pelajar Universiti dan Cukup Syarat Permohonan Bujang BPN, Adakah Akan Terima Bantuan BPN Pelajar dan Bujang Sekaligus? Baca Ini

Menurut soalan yang ditujukan oleh Chong, seorang pelajar berumur 25 tahun dan juga merupakan seorang bujang yang tidak bekerja kerana belajar sepenuh masa di universiti, dia menanyakan samada dia layak atau tidak untuk mendapatkan BPN bagi bujang dan BPN bagi pelajar sekaligus.

Bagi situasi sebegini, Siti memaklumkan bahawa Chong tidak layak untuk menerima bantuan BPN untuk bujang kerana pemohon bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40. Tetapi Chong layak untuk mendapatkan BPN bagi pelajar iaitu sebanyak RM200.

Jelas jawapan Siti bahawa seorang pelajar akan menerima bantuan sebagai pelajar sahaja walaupun mereka memenuhi syarat kelayakan sebagai bujang. Jadi, para pelajar universiti boleh mula membuat permohonan baru pada 1 April 2020 ini sebagai seorang pelajar kerana kebanyakan pelajar  tidak mempunyai rekod dalam LHDN atau BSH.

Seperti golongan lain yang layak menerima bantuan juga, pelajar perlu membuat permohonan pada 1 APRIL 2020 di pautan bsh.hasil.gov.my. Semoga perkongsian ini dapat menjawab persoalan bagi pelajar yang keliru tentang status penerimaan bantuan mereka. Selamat memohon!

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda