Info

Download Borang i-Lestari KWSP Untuk Pengeluaran RM500. Isi dan Terus Hantar Emel Permohonan Anda

April 2, 2020Oleh Cikgu Shaari1 min baca
• anti jerawat • Anti jeragat • Anti penuaan • mencerahkan kulit • Memudarkan parut • melembapkan kulit • mengawal minyak di wajah • meremajakan kulit • sesuai untuk lelaki dan wanita

Seperti yang dimaklumkan, pengeluaran Akaun 2 di bawah i-Lestari KWSP boleh dibuat permohonan mulai 1 April 2020. Bagi memudahkan rakyat untuk membuat permohonan tanpa berurusan di kaunter KWSP agar terus berada di rumah, permohonan boleh dibuat melalui online, emel atau post.

Amaun yang layak dikeluarkan hanyalah RM500 untuk tempoh 12 bulan (maksimum). Namun ia bergantung juga kepada baki jumlah simpanan akaun 2 ahli. Bayaran akan dibuat bermula bulan permohonan dibuat sehingga Mac 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat mengenai cara permohonan dan download borang permohonan untuk pengeluaran tanpa berurusan di kaunter.

CARA MOHON PENGELUARAN i-LESTARI

Terdapat empat cara ahli boeh membuat permohonan iaitu:

    1. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
    2. Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik); ATAU
    3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat di bawah:
      Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
      Karung Berkunci No 220,
      Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
      (Pengeluaran i-Lestari)
    4. Serahan di kaunter KWSP setelah PKP tamat.

Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran i-Lestari ini sekali sahaja dan pembayaran akan terus dikreditkan secara berulang setiap bulan ke dalam akaun bank ahli.

Dapatkan borang permohonan di bawah dan mula kemukakan permohonan anda dengan salah satu kaedah yang dikongsikan di atas.

download borang i-lestari

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda