Semakan & Permohonan

Peduli Sihat Penjawat Awam: Manfaat Pembiayaan Rawatan Kesihatan & Perubatan RM10,000

January 11, 2023Oleh Cikgu Shaari1 min baca

Skim PEDULI SIHAT PENJAWAT AWAM (PSPA) membolehkan Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor Gred 44 dan ke bawah untuk menerima rawatan kesihatan dan perubatan daripada hospital panel (hospital swasta). Kos rawatan kesihatan dan perubatan tersebut akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga RM 10,000 setahun seorang.

Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM 3 juta bagi membiayai Skim PSPA yang bakal memberi manfaat kepada 10,000 Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Skim Peduli SIhat Penjawat Awam yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

KRITERIA KELAYAKAN

Kriteria yang telah ditetapkan bagi Skim PSPA adalah seperti berikut:

  • Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor Gred 44 dan ke bawah
  • Berumur 60 tahun ke bawah

KELEBIHAN SKIM PSPA

Antara kelebihan manfaat Skim Peduli Sihat Penjawat Awam adalah:

  • Pengecualian polisi “pre-existing condition”
  • Pengecualian polisi “specified-illnesses”
  • Pengecualian polisi “waiting period”
  • Pengecualian polisi “co-payment”

MANFAAT SKIM PSPA

Ahli Skim PSPA akan menerima manfaat pembiayaan rawatan kesihatan dan perubatan seperti berikut :

  • RM10,000 had rawatan kesihatan dan perubatan setahun
  • RM10,000 faedah kematian akibat kemalangan/ semulajadi
  • RM10,000 faedah kecacatan kekal menyeluruh

SENARAI PANEL HOSPITAL

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1-800-22-6600 atau layari laman web kami di www.pedulisihat.com.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda