Panduan Terkini Membina Ayat Berdasarkan Gambar Rangsangan Untuk Subjek Bahasa Melayu UPSR

Untuk matapelajaran Bahasa Melayu UPSR, pelajar-pelajar akan diuji dengan keupayaan penguasaan bahasa dalam standard rendah.

Bahasa Melayu terbahagi kepada dua subjek dalam peperiksaan UPSR iaitu Pemahaman dan juga Penulisan.

Dalam kajian yang dijalankan sebelum ini oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati peratusan murid yang mendapat markah rendah lebih banyak bagi subjek Penulisan berbanding Pemahaman. 

Hal ini kerana bagi subjek Penulisan, pelajar akan diuji dengan keupayaan menulis karangan. Amat menjadi masalah sekiranya seseorang pelajar itu tidak pandai membina ayat kerana sudah pasti dia tidak akan mampu untuk menulis karangan jika dia tidak tahu membina ayat.

Dalam subjek penulisan ini juga terdapat satu bahagian di mana pelajar harus membina ayat berdasarkan gambar rangsangan yang diberi. Gambar-gambar rangsangan yang diberi ini juga berdasarkan beberapa tema. Pelajar perlulah membina ayat berdasarkan gambar yang mereka lihat itu.

Untuk memudahkan pelajar dalam membina ayat daripada gambar rangsangan ini, pihak kami akan kongsikan Panduan Terbaik Untuk Membina Ayat Berdasarkan Gambar Rangsangan Untuk Subjek Bahasa Melayu UPSR dalam artikel ini. Kami akan turut menyediakan contoh gambar rangsangan serta ayat yang betul. Anda boleh muat turun atau download panduan tersebut di bawah.

TEMA GAMBAR RANGSANGAN

Berikut merupakan tema gambar rangsangan yang akan diberikan kepada pelajar. Pelajar kemudiannya perlu membina ayat berdasarkan gambar-gambar rangsangan ini.

  • Aktiviti Di Dapur
  • Aktiviti Di Klinik/ Hospital
  • Aktiviti Di Pasar Malam
  • Aktiviti di Perpustakaan
  • Aktiviti di dalam Bilik Darjah
  • Aktiviti di Kantin
  • Aktiviti di Padang 
  • Aktiviti di Dewan/Perhimpunan/Hari Penyampaian Hadiah
  • Aktiviti Keluarga/di Ruang Tamu
  • Aktiviti di luar /Halaman Rumah
  • Aktiviti di Taman Permainan
  • Aktiviti di Tempat Awam /di Perhentian Bas
  • Aktiviti Pertandingan/Hari Sukan
  • Aktiviti di Kebun Sayur/Dusun
  • Aktiviti di Perkelahan Aktiviti Gotong­-royong
  • Aktiviti Perkhemahan
  • Aktiviti Hari Kebangsaan Aktiviti di Bank/Pejabat Pos
  • Aktiviti di Restoran

PANDUAN MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR RANGSANGAN

Kami akan kongsikan panduan membina ayat berdasarkan gambar rangsangan dalam bentuk file. Anda boleh download panduan tersebut dengan cara klik link yang telah disediakan di bawah.

Berikut merupakan panduan tersebut.

Diharapkan semoga perkongsian ini dapat membantu anda sedikit-sebanyak dalam membina ayat berdasarkan bahan rangsangan. Memanglah nampak mudah untuk membina ayat berdasarkan bahan rangsangan ini tetapi jika tidak mengikut panduan yang betul, anda mungkin akan tersalah dan markah anda akan berkurangan.

Pilihan Editor


Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma