Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Himpunan Kata Kunci Soalan Untuk Memilih Operasi Pengiraan Dengan Betul Bagi Subjek Matematik

Oleh Cikgu Is • January 15, 2019 • 3 min baca

Himpunan Kata Kunci Soalan Untuk Memilih Operasi Pengiraan Dengan Betul Bagi Subjek Matematik
Visual Archive // 2019
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Matematik adalah subjek yang menguji minda pelajar untuk melihat sejauh mana seseorang pelajar itu mampu untuk menguasai ilmu pengiraan. Oleh itu, tidak hairanlah jika dalam subjek ini, pelajar akan lebih banyak bermain dengan nombor berbanding dengan huruf.

Namun, soalan-soalan dalam subjek Matematik tidaklah kesemuanya disoal secara “direct” yang hanya melibatkan nombor. Kebanyakan soalan-soalan “direct” ini biasanya ada pada Kertas 1 dalam peperiksaan. Bagi Kertas 2 pula, kebanyakan soalan yang ditanya adalah berbentuk penyelesaian masalah yang lebih menjurus kepada huruf dan perkataan.

Untuk memahami lebih lanjut tentang perbezaan kedua-dua jenis soalan dalam Matematik ini, anda bolehlah merujuk contoh di bawah.

CONTOH SOALAN MATEMATIK JENIS “DIRECT”

Soalan “direct” adalah soalan yang terus kepada pencarian jawapan. Soalan jenis ini hanya melibatkan nombor dan mudah untuk diselesaikan oleh pelajar. Berikut merupakan contoh soalan jenis “direct”.

  • 2 + 8
  • 15 – 10
  • 34 x 5
  • 15 ÷ 3

CONTOH SOALAN MATEMATIK JENIS PENYELESAIAN MASALAH

Soalan jenis ini selalunya dalam bentuk penyataan. Daripada penyataan itulah, pelajar perlu menggunakan makumat yang diberi dan harus mengenal pasti operasi pengiraan apakah yang harus digunakan serta menyelesaikan operasi tersebut.

Soalan jenis ini agak sukar kerana pelajar perlu betul-betul memahami penyataan terlebih dahulu sebelum memilih operasi pengiraan. Berikut merupakan contohnya.

“Gaji Ali adalah dua kali lebih banyak daripada gaji Azman. Sekiranya gaji Azman adalah RM2400, berapakah gaji Ali?”

Tidak dinafikan bahawa memilih operasi pengiraan sama ada tambah (+), tolak (-), darab (x) atau bahagi (÷) adalah merupakan antara perkara yang susah dalam soalan yang melibatkan penyelesaian masalah. 

Jadi, dalam artikel ini, kami akan kongsikan Himpunan Kata Kunci Soalan Untuk Memilih Operasi Pengiraan Dengan Betul Bagi Subjek Matematik. Dengan mengetahui kata kunci, mudahlah buat pelajar untuk tahu operasi pengiraan apa yang perlu digunakan.

Berikut merupakan kata-kata kunci untuk operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan juga pembahagian.

KATA KUNCI BAGI OPERASI PENAMBAHAN ( + )

Kata-kata kunci di bawah adalah untuk operasi penambahan. Sekiranya anda terjumpa kata-kata kunci berikut dalam soalan penyelesaian masalah, sila gunakan operasi tambah.

  • Lebih banyak
  • Cari jumlah
  • Terima/ dapat
  • Lebih besar/ daripada
  • Hasil tambah/ bertambah
  • Selepas/ lambat/ kemudian
  • Kesemuanya/ semua sekali

KATA KUNCI BAGI OPERASI PENOLAKAN ( – )

Seandainya kata-kata kunci di bawah terdapat dalam penyataan soalan penyelesaian masalah, anda perlu gunakan operasi tolak.

  • Selisih
  • Beza
  • Kurang daripada
  • Lebih kecil
  • Beri kepada
  • Dibuang/ dikeluarkan
  • Digunakan
  • Sebelum
  • Yang masih ada

KATA KUNCI BAGI OPERASI PENDARABAN ( X )

Untuk operasi darab, berikut adalah kata-kata kuncinya.

  • Darab
  • Kali Daripada (Pecahan/ Peratus)
  • Jumlah kesemuanya
  • Jumlah bagi sesuatu bilangan
  • Luas (panjang x lebar)
  • Isipadu (panjang x tinggi x lebar)
  • Hasil darab

KATA KUNCI BAGI OPERASI PEMBAHAGIAN ( ÷ )

Berikut pula adalah kata-kata kunci untuk operasi bahagi. Jadi, sekiranya anda terjumpa kata-kata kunci sebegini, sudah pasti soalan itu memerlukan anda untuk menyelesaikan masalah menggunakan operasi bahagi.

  • Kongsi bersama
  • Hasil bahagi
  • Bahagi
  • Diagihkan sama rata
  • Baki daripada hasil bahagi
  • Purata
  • Dipotong sama rata

Adalah amat penting untuk pelajar mengetahui operasi yang perlu digunakan sebaik sahaja melihat kata kunci dalam soalan.

Perkara ini sememangnya dapat menjimatkan masa pelajar kerana sebaik sahaja melihat kata kunci, pelajar sudah tahu operasi pengiraan apa yang perlu digunakan. Semoga perkongsian ini berfaedah buat para pelajar dan selamat berjaya kami doakan!

Penulis

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.