Panduan Sebelum, Semasa Dan Selepas Temuduga Guru KPM Secara Online
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan satu garis panduan untuk kegunaan calon menghadiri temuduga secara dalam talian bagi pengambilan khas guru. Calon yang menghadiri ujian e-UKCG dah boleh buat semakan kelayakan ke temuduga mulai 28 Oktober 2021.
Tahniah buat calon yang lulus e-UKCG dan dapat tawaran ke temuduga! Pastikan anda ikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan sebelum, semasa dan selepas temuduga online pengambilan khas guru KPM.
Isi Kandungan
PANDUAN TEMUDUGA PENGAMBILAN KHAS GURU
Berikut adalah garis panduan sebelum, semasa dan selepas temuduga yang calon perlu ambil perhatian:
Sebelum Temuduga
- Sila ambil maklum tarikh, masa dan sesi temu duga yang telah ditetapkan. Calon yang gagal mematuhi tarikh, masa dan sesi temu duga boleh dibatalkan permohonannya dan dianggap GAGAL dalam temu duga.
- Calon mesti membaca dan memahami format temu duga yang telah ditetapkan seperti di LAMPIRAN A.
- Pastikan calon telah memperolehi pautan temu duga masing-masing.
- Pastikan alatan yang akan digunakan sebagai medium temu duga bersesuaian dan berfungsi dengan baik.
- Pastikan capaian internet yang akan digunakan stabil dan calon mesti mempunyai akaun google/gmail atas nama calon.
- Pastikan ruang/bilik yang akan digunakan sebagai tempat temu duga bersesuaian dari segi pencahayaan, latar belakang bilik, jauh daripada sebarang gangguan bunyi bising dan sebagainya.
Semasa Temuduga
- Calon dikehendaki berpakaian formal dan bersesuaian dengan profesion
- Calon dikehendaki memakai tanda nama (name tag) untuk tujuan pengenalan diri calon.
[Rujuk: Panduan Pemilihan Blazer Dan Tanda Nama Untuk Temuduga Guru] - Calon perlu bersedia di ruang/ bilik temu duga masing-masing sekurang kurangnya 10 minit lebih awal dari masa/sesi temu duga yang ditetapkan. Sila uji talian internet dan alatan yang digunakan sebagai medium temu duga agar dapat berfungsi dengan baik.
- Calon diminta untuk masuk ke sesi temu duga 5 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan. Sila tunggu di talian untuk urusan ‘terima masuk’ oleh pihak urus setia. Rujuk LAMPIRAN B untuk panduan masuk ke sesi temu duga.
- Calon dilarang merakam dan mengambil gambar sebarang aktiviti yang berlaku sepanjang sesi temu duga berlangsung. Sekiranya didapati calon berbuat demikian, permohonan calon akan dibatalkan serta merta.
- Semasa temu duga berlangsung, calon perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada panel supaya sesi temu duga dapat dilaksanakan dengan lancar.
Rujuk: Tips Persediaan & Alatan Teknikal Diperlukan Untuk Temuduga Online Pengambilan Khas Guru KPM
Selepas Temuduga
- Calon dilarang berkongsi/menyebarkan sebarang gambar/maklumat semasa ditemu duga. Sekiranya didapati calon berbuat demikian, permohonan calon akan dibatalkan.
- Calon dinasihati untuk melayari portal KPM, facebook rasmi IPGM bagi mengetahui maklumat penting dan pengumuman terkini berkaitan program dari semasa ke semasa.
Rujuk: Himpunan Soalan Popular Temuduga Guru SPP Tahun 2018 Hingga 2021 Untuk Rujukan Calon
PERSEDIAAN CALON
Antara persediaan yang perlu calon lakukan untuk hadapi temu duga pengambilan khas guru SPP adalah:
- Semakan panggilan temu duga
- Perkakasan
- Talian Internet
- Aplikasi Cisco Webex
Untuk makluman anda, penempatan adalah berdasarkan keperluan dan kekosongan opsyen di sekolah. Calon tidak boleh memilih penempatan untuk ditempatkan di sekolah rendah atau sekolah menengah.
Bagi calon yang LULUS e-UKCG dan mendapat tawaran temuduga, pastikan anda rujuk kaedah penilaian temuduga di pautan berikut: