Panduan Demonstrasi Pengajaran (Microteaching) Semasa Temuduga Calon Guru KPM
Anda calon temuduga bagi pengambilan khas guru KPM? Seperti yang dimaklumkan dalam garis panduan temuduga calon guru, setiap calon diminta untuk membuat demonstrasi pengajaran atau microteaching semasa temuduga.
Demonstrasi ini adalah salah satu komponen yang terkandung dalam garis panduan temuduga selain daripada pengenalan diri dan penyataan hasrat. Apa yang perlu dilakukan semasa demonstrasi pengajaran nanti dan bagaimana cara yang betul?
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan demonstrasi pengajaran atau microteaching bagi temuduga calon guru.
Baca juga: Contoh Ayat Lengkap Pengenalan Diri Semasa Temuduga Guru
Isi Kandungan
TEKNIK MENGAJAR
Sebelum ketahui panduan demonstrasi pengajaran, pastikan anda faham dahulu apa itu “Teknik Mengajar”
Di bawah konsep pendidikan, teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran atau kecekapan guru untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pengiraan.
Mengikut Edward M. Anthony (1963) teknik mengajar adalah satu muslihat, strategi atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan mencapai objektif pembelajaran.
Baca: “Kenapa Berminat Nak Jadi Guru?” Ini Contoh Jawapan Yang Sesuai
ARAHAN DEMONSTRASI PENGAJARAN (3 MINIT)
Seperti yang terkandung dalam garis panduan temuduga, calon diperuntukkan masa 3 MINIT untuk demonstrasi pengajaran. Berikut adalah arahan yang dinyatakan:
- Calon dikehendaki memilih mana-mana satu tajuk kecil dalam bidang yang dimohon sebagai topik pengajaran
- Calon perlu melakukan pengajaran seolah-olah sedang berhadapan dengan sekumpulan murid (Calon lain yang hadir semasa sesi ini boleh berperanan sebagai murid)
- Calon perlu berdiri ketika melaksanakan pengajaran dengan memperlihatkan sekurang-kurangnya bahagian lutut dan ke atas
- Calon yang telah selesai melakukan pengajaran dikehendaki duduk semula ditempat masing-masing
Semasa sesi demonstrasi pengajaran, calon diingatkan supaya:
- Pastikan kamera alatan medium temuduga berada pada jarak yang sesuai dan tetap kedudukannya
- Pastikan kamera alatan medium temuduga dibuka dan panel dapat melihat calon dengan jelas
- Pastikan pembesar suara alatan medium temuduga dibuka (maksimum) dan panel dapat mendengar suara calon dengan jelas
- Penggunaan alat bantu mengajar yang ringkas/ mudah dibolehkan
- Perkongsian slide pembentangan/ pengajaran tidak dibenarkan
- Calon diingatkan supaya sentiasa mengikut arahan yang diberikan oleh panel
CARA BAHAGIKAN MASA DALAM MICROTEACHING
Berikut adalah cadangan cara bahagikan masa semasa sesi microteaching memandangkan masa diberikan sangat singkat:
- 1 minit induksi (permulaan untuk tarikh perhatian murid)
- 1 minit langkah
- 1 minit penutup
PEMILIHAN TAJUK MICROTEACHING
Untuk pemilihan tajuk bagi sesi microteaching, calon boleh:
- Pilih mana-mana satu tajuk kecil dalam bidang yang dimohon
- Pastikan anda kuasai tajuk yang dipilih
- Isi mestilah ringkas, tetapi padat dan mudah difahami
- Jadikan calon lain sebagai “murid” untuk dapatkan situasi keadaan mengajar yang sebenar.
PANDUAN DEMONSTRASI PENGAJARAN
Berikut adalah prinsip-prinsip tunjuk cara bagi demonstrasi pengajaran:
Sebelum Demonstrasi
- Guru hendaklah menentukan topik, objektif dan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu
- Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat menyaksikannya dengan jelas
- Sebelum memulakan demonstrasi guru hendaklah memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak dipraktikkan supaya mereka dapat mencontohinya nanti tanpa melakukan kesilapan
Semasa Demonstrasi
- Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan
- Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid
- Pastikan semua murid dapat melibat demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan jelas
Selepas Demonstrasi
- Bincangkan dengan murid tentang bahagian-bahagian demonstrasi yang penting
- Beri rumusan tentang topik yang dibentangkan.
Panduan yang dikongsikan ini hanyalah sebagai cadangan sahaja. Setiap calon pasti ada cara tersendiri untuk sesi pembentangan pengajaran semasa temuduga nanti. Pastikan masa 3 minit yang diberi tidak disia-siakan dengan demonstrasi yang tiada isi.
Anda boleh rujuk contoh video demonstrasi pengajaran calon guru DI SINI sebagai rujukan
Semoga bermanfaat!