Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •Peluang Kerjaya Bersama MARA 2026: Calon Lepasan SPM Jangan Terlepas, Ini Senarai Jawatan & Syarat Kelayakan •Ramai Tak Tahu, Perokok Di Kedai Makan Boleh Dilaporkan Kepada KKM. Ini Cara Buat Aduan Dengan Betul •Dah Resign Tapi Gaji Akhir Belum Masuk? Ini Hak Pekerja Yang Ramai Tak Tahu •IC Hilang Sebelum Temuduga? Ini Tindakan Segera Yang Calon Perlu Buat Supaya Tidak Panik • Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •Peluang Kerjaya Bersama MARA 2026: Calon Lepasan SPM Jangan Terlepas, Ini Senarai Jawatan & Syarat Kelayakan •Ramai Tak Tahu, Perokok Di Kedai Makan Boleh Dilaporkan Kepada KKM. Ini Cara Buat Aduan Dengan Betul •Dah Resign Tapi Gaji Akhir Belum Masuk? Ini Hak Pekerja Yang Ramai Tak Tahu •IC Hilang Sebelum Temuduga? Ini Tindakan Segera Yang Calon Perlu Buat Supaya Tidak Panik •

Panduan Menggunakan Kit Ujian Kendiri Bagi Mengesan Influenza

Oleh Cikgu Shaari • June 28, 2022 • 3 min baca

Panduan Menggunakan Kit Ujian Kendiri Bagi Mengesan Influenza
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Public Health Malaysia memaklumkan gejala bagi influenza mungkin lebih teruk berbanding Covid-19 kerana ada gejala demam panas melebihi 38 darjah celcius dengan batuk dan batuk teruk beserta bersin. Anda sebenarnya boleh melakukan ujian kendiri (air liu) menggunakan kit ujian kendiri yang boleh dibeli di farmasi.

Kit ujian ini boleh mengesan Covid-19 dan Influenza pada masa yang sama. Ibu bapa dinasihatkankan untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya ada gejala berterusan dan terus buat pemeriksaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui gejala influenza dan cara membuat ujian kendiri bagi kenalpasti influenza.

GEJALA PENYAKIT INFLUENZA

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.

Antara gelaja bagi penyakit influenza adalah:

  • Demam panas
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit tekak
  • Menggigil
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Letih lesu

INDIVIDU BERISIKO

Antara individu yang berisiko mendapat penyakit influenza adalah:

  • Kanak-kanak
  • Wanita hamil
  • Warga emas
  • Individu dengan penyakit kronik
  • Individu obes

KIT UJIAN INFLUENZA

Anda sebenarnya boleh melakukan ujian kendiri (air liur) menggunakan kit ujian kendiri yang boleh dibeli di farmasi.

Kit ujian ini boleh mengesan C-19 dan Influenza pada masa yang sama. Jika naik 2 garisan di bahagian Flu A/ Flu B bermaksud anda telah POSITIVE influenza.

CARA GUNA KIT UJIAN INFLUENZA

Berikut adalah panduan menggunakan kit ujian kendiri influenza:

  1. Keluarkan kaset ujian dari kantung kerajang tertutup dan gunakannya secepat mungkin. Keputusan terbaik akan diperolehi jika ujian dilakukan sejurus selepas membuka kantung foil.
  2. Letakkan Tiub Pengekstrakan dan pegang botol reagen pengekstrakan terbalik secara menegak. Picit botol dan biarkan larutan jatuh ke dalam tiub perahan dengan bebas tanpa menyentuh tepi tiub. Tambah 10 titis reagen pengekstrakan (Lebih kurang 400ul) ke dalam Tiub Pengekstrakan. Lihat ilustrasi 1.
  3. Letakkan spesimen swab dalam Tiub Pengekstrakan. Putar swab selama lebih kurang 10 saat sambil menekan kepala pada bahagian dalam tiub untuk melepaskan antigen dalam swab. Lihat ilustrasi 2.
  4. Tanggalkan swab sambil picit kepala swab pada bahagian dalam Tiub Pengekstrakan semasa anda mengeluarkannya untuk mengeluarkan sebanyak mungkin cecair daripada swab. Buang swab mengikut protokol pelupusan sisa biohazard anda. Lihat ilustrasi 3 di bawah.
  5. Pasangkan hujung penitis di atas tiub perahan. Letakkan kaset ujian pada permukaan yang bersih dan rata. Lihat ilustrasi 4.
  6. Tambah tiga titis larutan (lebih kurang 120ul) ke dalam telaga sampel dan kemudian mulakan pemasa.
  7. Tunggu sehingga garisan berwarna muncul. Baca keputusan pada 15 minit. Jangan tafsirkan keputusan selepas 20 minit.

 

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.