Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

BIZRIDER300: Permohonan Bantuan Motosikal Percuma Untuk Golongan B40

Oleh Cikgu Shaari • June 28, 2022 • 2 min baca

BIZRIDER300: Permohonan Bantuan Motosikal Percuma Untuk Golongan B40
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) (GLC Kerajaan Negeri Sabah) memperkenalkan program BIZRIDER300 yang memberi peluang kepada golongan miskin bandar dan belia menganggur di negeri Sabah agar dapat meningkatkan pendapatan dengan bekerja di sektor penghantaran.

Pemohon yang berkelayakan akan mendapat bantuan motosikal dan dijamin pekerjaan. Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan BIZRIDER300 dan panduan buat permohonan.

BANTUAN BIZRIDER300

Bantuan BIZRIDER300 ini akan memberi manfaat seperti berikut kepada pemohon yang berkelayakan:

  • Motosikal
  • Pekerjaan dijamin dengan FoodPanda

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan BIZRIDER300 dibuka sehingga:

  • Tarikh tutup: 5 Julai 2022

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran Bantuan Motosikal percuma BIZRIDER300 adalah terbuka kepada individu berikut:

  • Belia Sabah  (Lelaki dan perempuan)
  • Berumur 18 hingga 40 tahun
  • Mempunyai Lesen B20 atau P
  • Bermastautin di Sabah
  • Mempunyai Rekod Bersih
  • Bumiputera dan Golongan B40 diberi keutamaan

Program ini terbuka kepada semua rakyat Sabah yang layak, kecuali kakitangan SEDIA dan ahli keluarga terdekatnya (ahli keluarga terdekat bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat, bapa kandung atau bapa angkat, ibu mertua, bapa mertua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara)

CARA MOHON

Sekiranya anda memerlukan bantuan yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara atas talian sebelum permohonan ditutup. Permohonan mestilah dibuat dengan mengisi borang permohonan di pautan berikut:

Pastikan anda hanya permohonan selewat-lewatnya 5 Julai 2022. Untuk makluman lanjut berkenaan bantuan ditawarkan, anda boleh hubungi talian 088 418 999.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.