Panduan Menduduki Ujian kelayakan Calon Guru (e-UKCG) KPM 2021

Anda bakal guru yang dapat panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)? Tahniah! Anda selangkah kehadapan untuk menjadi guru. Ujian UKCG ini biasanya terkenal apabila ada kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pengajian Guru (IPG). Namun baru-baru ini KPM telah membuka pengambilan calon guru buat graduan bukan ikhtisas pendidikan.

Bagi tahun 2021, UKCG bagi kelayakan calon guru dibuat secara online dan ianya dipanggil e-UKCG. Calon yang dapat tarikh untuk e-UKCG, pastikan anda dapatkan koleksi soalan ujian e-UKCG untuk rujukan.

Buat yang pertama kali nak duduki ujian e-UKCG, anda boleh lihat panduan menduduki e-UKCG yang dikongsikan di bawah.

FORMAT E-UKCG

Untuk makluman anda, e-UKCG mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

  • Bahagian A: Terdiri daripada 120 soalan  dan perlu dijawab dalam tempoh 30 minit
  • Bahagian B: Terdiri daripada 60 soalan dan perlu dijawab dalam tempoh 15 minit

ARAHAN KEPADA CALON

Calon e-UKCG diingatkan supaya:

  • Calon dikehendaki membaca arahan dengan teliti.
  • Calon diminta menjawab sendiri semua soalan secara spontan dalam tempoh yang
    ditetapkan tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
  • Calon dinasihatkan mengambil masa kira-kira 15 saat bagi setiap soalan. Pilih jawapan yang paling sesuai dan bertepatan dengan diri calon.
  • Calon tidak dibenarkan mengulang menjawab Bahagian A dan Bahagian B setelah butang pengesahan dihantar walaupun terdapat baki masa.

PANDUAN MENDUDUKI e-UKCG

Pasti calon yang telah mohon sudah mendapat email masing-masing kan? Seperti yang tertera di email, calon akan menduduki e-UKCG pada tarikh yang ditetapkan di pautan yang disediakan, iaitu:

Berikut adalah panduan membuka e-UKCG dan menduduki ujian:

  1. Buka URL e-UKCG menggunakan pelayar internet Google Chrome atau Mozilla Firefox melalui pautan https://ukcg.moe.gov.my
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan di rungan Log Masuk dan klik HANTAR. Pastikan anda Log Masuk pada tarikh menduduki e-UKCG yang ditetapkan
  3. Baca maklumat yang dinyatakan dengan teliti. Klik TERUSKAN MENJAWAB UKCG untuk mula menjawab.
  4. Calon dikehendaki memasukkan maklumat berat (kg) dan tinggi (cm) dengan betul di ruang yang disediakan.
  5. Tanda pada kotak disediakan dan klik YA, SAHKAN MAKLUMAT INI untuk pengesahan
  6. Setelah calon membuat pengesahan, calon boleh mula menjawab Bahagian A dan seterusnya Bahagian B. Sila baca arahan Bahagian A dan Bahagian B dengan teliti.
  7. Calon diberi ingatan berkenaan baki tempoh masa menjawab pada setiap bahagian
  8. Calon juga ditunjukkan bilangan soalan yang telah dijawab dan soalan yang belum dijawab
  9. Setelah calon selesai menjawab Bahagian A dan Bahagian B, calon perlu klik “PENGESAHAN DAN CETAK SLIP MENDUDUKI UJIAN e-UKCG” pada pautan yang disediakan.
  10. Calon akan diingatkan sekiranya terdapat soalan yang masih belum dijawab. Calon perlu klik pada nombor soalan tersebut untuk menjawab (sekiranya masih dalam tempoh menjawab).
  11. Paparan di bawah menunjukkan calon telah menjawab kesemua soalan. Calon dinasihatkan untuk mencetak slip ujian sebagai bukti telah menduduki ujian. Klik TAMAT apabila calon ingin keluar daripada portal e-UKCG

GANGGUAN TEKNIKAL

Sekiranya calon menghadapi gangguan teknikal ketika menjawab e-UKCG seperti gangguan talian internet atau elektrik yang menyebabkan calon tidak boleh meneruskan menjawab, calon dibenarkan untuk mengulang menjawab e-UKCG dengan menekan butang “RESET”.

Butang reset tidak wujud jika calon telah menjawab kesemua soalan dalam tempoh yang ditetapkan. Calon hanya dibenarkan untuk membuat dua kali reset sahaja. Calon tidak dibenarkan menjawab lagi sekiranya butang reset di klik melebihi dua kali.

Pastikan calon buat persediaan sewajarnya sebelum hari ujian bagi memastikan ujian berjalan dengan lancar. Baca semua maklumat yang tertera dengan teliti dan ikut arahan yang ditetapkan bagi mengelakkan ujian anda dibatalkan.

Baca juga: Tarikh-Tarikh Penting Pengambilan Khas Guru KPM (Graduan Bukan Pendidikan)

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma