Permohonan Pakej Peranti & Data Percuma Keluarga Malaysia Kini Dibuka
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengumumkan dua pakej baharu bagi membantu pelajar memperoleh akses internet selain membolehkan golongan kurang berkemampuan memiliki peranti pintar.
Menurut menteri KKMM, Tan Sri Annuar Musa, dua pakej baharu itu melibatkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia menawarkan kemudahan internet serta Pakej Keluarga Malaysia bagi memiliki peranti mampu milik.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran pakej baharu yang diumumkan oleh KKMM.
Isi Kandungan
2 PAKEJ BAHARU YANG DIPERKENALKAN
Antara pakej baharu yang diperkenalkan untuk kemudahan akses ke internet adalah:
- Pakej Remaja Keluarga Malaysia
- Pakej Peranti Keluarga Malaysia
TEMPOH MENDAFTAR
Orang ramai boleh melanggan Pakej Keluarga Malaysia yang ditawarkan pada:
- 15 Oktober 2021 – 15 April 2022
SYARIKAT TELEKOMUNIKASI TERLIBAT
Pakej Remaja Keluarga Malaysia ini ditawarkan oleh:
- Celcom
- Digi
- Maxis
- U Mobile
- Telekom Malaysia
- YTL
PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA
Pakej Remaja Keluarga Malaysia merupakan pelan prabayar khusus untuk:
- Golongan remaja
- Pelajar termasuk pascasiswazah
Menerusi pakej ini, pengguna boleh melakukan aktiviti seperti:
- Penghantaran mesej
- Melayari internet
- Pembelajaran dalam talian
- Aktiviti hiburan
Pelanggan juga tidak perlu menambah nilai setiap bulan dan hanya mendaftar menggunakan MyKad bagi pelajar berusia bawah 21 tahun manakala mendaftar menerusi kad pelajar untuk mereka melebihi 21 tahun.
PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA
Pakej Keluarga Malaysia pula membolehkan rakyat memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara PERCUMA.
Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.
CARA MENDAFTAR
Untuk mendaftar, orang ramai perlu berhubung dengan syarikat komunikasi yang terlibat dalam pelaksanakan kedua-dua pakej ini.
Bagi pengguna yang layak, mereka boleh melanggan kedua-dua pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia, sila layari laman web https://www.kkmm.gov.my/.