Walaupun bukan dikategorikan sebagai petugas barisan hadapan, peranan guru juga penting untuk memastikan pelajar tidak tercicir dalam pembelajaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kebanyakan guru, memanfaatkan pelbagai pelantar pembelajaran yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan aplikasi alternatif lain bagi memastikan setiap pelajaran, latihan atau kuiz yang diberikan, sampai kepada pelajar mereka. Namun terdapat […]