Memandangkan kerajaan kini telah membenarkan pelaksanaan panggung wayang beroperasi semula, semua orang dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Sehubungan dengan itu, Golden Screen Cinema (GSC) menggalakkan orang ramai yang mahu menonton wayang di pawagamnya membeli tiket secara dalam talian. Langkah tersebut adalah salah satu daripada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi menjaga keselamatan pelanggan […]