Home Blog Page 316

Berhenti Makan Ubat Batuk, Doktor Ini Kongsi Cara Hilangkan Batuk & Kahak Guna 2 Bahan

0

Jika anda perasan, ramai orang disekeliling kita yang sering sakit sekarang ini, termasuk juga diri sendiri. Penyakit yang ramai hidap sekarang adalah selesema dan batuk. Tambahan pula kita sekarang sedang biasakan diri untuk “hidup bersama virus Covid-19”. Sudah terlalu ramai yang mendapat jangkitan virus ini. Dengan pelbagai varian baharu yang menyebabkan menyebaran jangkitan semakin pantas, pasti merisaukan!

Bila mula demam, sakit tekak dan selesema, perkara pertama yang terlintas di fikiran pasti positif Covid-19 kan? Tidak mustahil sekarang ini kita mendapat jangkitan dengan penularan yang mudah sekarang ini. Tambah-tambah jika kita seorang yang banyak terdedah dengan orang ramai. Bagi yang pernah mendapat jangkitan Covid-19, pasti tahu kan jangkitan tersebut tidak akan hilang dari diri kita walaupun keputusan sudah menunjukkan negatif?

Sudah banyak kali makan ubat batuk, tetapi batuk sukar untuk hilang? Apa kata anda cuba petua yang dikongsikan oleh seorang doktor melalui laman facebook ini pula!

SELAIN COVID, INI PUNCA BATUK

Walaupun sekarang ini banyak penularan Covid-19 berlaku, anda jangan fikir semua orang yang batuk adalah disebabkan oleh Covid-19. Banyak lagi punca yang boleh menyebabkan orang ramai batuk sekarang, contohnya:

  • Demam
  • Cuaca panas
  • Perubahan cuaca yang kerap
  • Masalah dalaman

PETUA RAWAT BATUK

Seperti perkongsian seorang doktor melalui laman facebook belian,:

Zaman sekarang, saya lihat ramai yang kerap sakit. Terutama selesema dengan batuk. Mainan fikiran buatkan badan rasa lemah semacam. Betul tak? Fikir pasal cik Vid. Asal demam je cik Vid. Asal batuk je cik Vid. Bukan setakat cik Vid. Sekarang ni juga musim berubah-ubah. Kejap panas kejap hujan.

Saya dah pernah kongsi tentang remedy untuk selesema. Green flu shot dan minuman immune booster. Kali ini saya nak share tentang cara rawat batuk. Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Dulu masa saya kerja di Australia. Saya pernah lihat. Saya jadi takut lepas tengok.

Semenjak hari tu. Saya dah tak ambil dah ubat batuk. Lagi-lagi nak bagi kat anak-anak. Jauhkan diri daripadanya. Bila batuk menjelma. Saya guna alternatif lain. Cari yang kesannya tak macam ubat batuk. Kesan yang berbeza terus. Kesan yang tak jahanamkan otak.

Makan masa untuk saya cari. Saya review jurnal saintifik. Saya baca buku. Saya rujuk mereka yang pakar. Akhirnya, jumpa. Sehingga kini, saya gunakan petua ni sekiranya batuk. Cara pun mudah.

BAHAN DIPERLUKAN

Bahan yang digunakan mudah sahaja! Anda hanya perlu sediakan:

  • 1 bijil bawang Bombay/ Holland
  • 1 atau 2 sudu makan madu

PETUA HILANGKAN KAHAK/ BATUK

Nak tahu petua merawat batuk seperti yang dikongsikan oleh beliau? Rujuk di bawah:

  1. Potong 1 biji bawang Bombay/ Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja
  2. Leraikan lapisan bawang tadi
  3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu
  4. Gaulkan biar rata
  5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam
  6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu
  7. Ambil satu sudu dan minum

Rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak. Orang putih panggil ‘cough syrup.’ Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. ‘Homemade remedy’ untuk batuk.

Anda boleh cuba di rumah ya! Semoga bermanfaat.

Sumber

Cara Semak & Bayar Cukai Tanah Secara Online Dengan Mudah Tanpa Ke Kaunter

0

Cukai tanah ialah bayaran yang dikenakan setiap tahun sebagai cukai ke atas tanah yang diberimilik (Geran). Membayar cukai tanah adalah tanggungjawab pemilik tanah. Cukai tanah hendaklah dibayar mulai 1 Januari hingga 31 Mei tahun semasa.

Jika cukai tanah yang tidak dibayar mulai 1 Jun akan menjadi tunggakan dan dikenakan denda lewat mengikut kadar yang telah ditetapkan. Dengan kemudahan yang ada kini, tahu tak orang ramai boleh buat pembayaran cukai tanah secara online sahaja dengan lebih mudah? Dah tak perlu susah-susah ke kaunter lagi!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara buat semakan dan pembayaran cukai tanah secara online dengan mudah tanpa ke kaunter.

KAEDAH BAYARAN CUKAI TANAH

Untuk makluman anda, ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk buat pembayaran cukai tanah di setiap negeri, iaitu:

  • Kaunter hasil Pejabat Pengarah dan Galian Negeri
  • Kaunter hasil mana-mana Pejabat Tanah Daerah
  • Kaunter hasil cukai tanah di UTC
  • Pembayaran secara online

BIL CUKAI TANAH

Penghantaran Bil cukai tanah kepada pemilik tanah adalah untuk memberi kemudahan dan peringatan sahaja. Walau bagaimanapun pemilik tanah yang tidak menerima bil cukai tanah boleh mendapatkannya di Bahagian Hasil Pejabat Tanah yang berkenaan dengan mengemukakan butir-butir berikut:

  • Resit lama hakmilik
  • Nombor Hakmilik, Jenis hakmilik (cth: HSD, GRN), Mukim/ Bandar/ Pekan
  • Kad Pengenalan Pemilik (MyKad)

Nama dan alamat di atas Bil adalah untuk tujuan urusan surat menyurat sahaja. Nama-nama Tuan Punya Tanah berdaftar masih dirujuk pada surat Hakmilik.

CARA BAYAR CUKAI TANAH SECARA ONLINE

Buat apa nak susah-susah ke kaunter kalau pembayaran boleh dibuat di rumah sahaja secara online kan? Pembayaran cukai tanah secara online adalah melalui laman yang berbeza bagi setiap negeri. Jangan tersalah pula ya!

Berikut adalah pautan untuk buat pembayaran cukai tanah secara online bagi setiap negeri:

Sila tunjukkan Resit Pembayaran tahun lepas atau Surat Hakmilik/Geran sahaja untuk semakan. Resit Pembayaran Cukai ini perlu ditunjukkan untuk sebarang urusniaga berkaitan dengan hakmilik tersebut.

Pemilik tanah yang mempunyai tunggakan cukai tanah boleh memohon kepada Pentadbir Tanah untuk membayar secara ansuran. Bayaran ansuran hanya akan diberikan kepada pembayar cukai yang dirasakan perlu oleh Pentadbir Tanah berdasarkan alasan yang munasabah.

Bayaran ansuran hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tahun semasa mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pentadbir Tanah. Kegagalan mematuhi jadual bayaran yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan perampasan diambil tanpa apa-apa notis.

Negara Masuk Fasa Peralihan Ke Endemik Mulai 1 April, Ini 10 SOP Yang Dikuatkuasa Ketika Endemik

0

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan pada 8 Mac 2022 bahawa Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula pada 1 April 2022. Menurut Perdana Menteri, ia adalah fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Fasa ini adalah fasa sementara sebelum negara ke fasa endemik (sepenuhnya) yang mana ia tertakluk kepada pengumuman pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kerajaan telah mengeluarkan 10 SOP yang bakal dikuatkuasa dalam fasa peralihan ke endemik.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut peralihan ke fasa endemik dan 10 SOP yang bakal dikuatkuasakan.

TARIKH PERALIHAN KE FASA ENDEMIK

Kerajaan telah mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa “Peralihan ke Endemik” mulai:

  • Mulai 1 April 2022

Untuk makluman anda  fasa “Peralihan ke Endemik” adalah fasa sementara sebelum negara ke fasa endemik sepenuhnya. Ia adalah fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik Covid-19.

10 SOP DIKUATKUASA DALAM FASA “PERALIHAN KE ENDEMIK”

Berikut adalah 10 SOP yang dikuatkuasakan dalam fasa “Peralihan Ke Endemik” yang rakyat Malaysia perlu ambil perhatian dan sentiasa patuhi:

  • Pelitup muka masih diwajibkan di tempat awam
  • Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan
    -Pelaksanaan waktu operasi premis mengikut syarat lesen operasi premis
  • Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan
    – Hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan
  • MySejahteraTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetami/ pengunjung
  • Aktiviti Solat Jemaah di masjid/ surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal
    – Tertakluk kepada ketetapan Pihak berkuasa Agama negeri dan Kementerian Perpaduan Malaysia/ Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR)
  • Keperluan Vaksinasi
    – Had kapasiti pekerja yang bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan
    – Rentas negeri dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi
  • Kekerapan dan cara melakukan pembersihan permis diseragamkan bagi setiap kementerian
  • Pemilik premis wajib pastikan sistem pengudaraan (ventilasi) yang baik di dalam premis
  • Sentiasa menjaga kebersihan tangan
  • Ujian pengesanan Covid-19 mengikuti tatacara National Testing Strategy
  • Individu yang disyaki atau disahkan Covid-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan KKM
    – Ujian pengesanan Covid-19 dan tatacara kuarantin
  • Had kapasiti 50% di perkahwinan dan konferens dimansuhkan
  • Sempadan Negara Dibuka

Sumber

Tawaran Program Technical Energy Enrichment PETRONAS Dibuka Buat Lepasan Diploma 

0

Panggilan buat lepasan Diploma dalam Kejuruteraan/ Sains! PETRONAS Gas Berhad (PGB) & Malaysia LNG (LNG) telah melancarkan program penajaan pra-pekerjaan selama 10 bulan yang membangunkan kecekapan teknikal penting dengan pemikiran budaya generatif untuk mempercepatkan kerjaya anda dalam industri tenaga.

Anda dipelawa untuk sertai Program Technical Energy Enrichment Programme (TEP) Insititut Teknologi Petroleum Petronas ( INSTEP). Pada penghujung program ini, calon yang berjaya menamatkan program akan menjadi juruteknik sedia kerja yang diperakui dengan kemahiran yang berguna untuk menyokong industri tenaga global.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program Technical Energy Enrichment Programme (TEP)
  • Anjuran: Insititut Teknologi Petroleum Petronas ( INSTEP)
  • Tempoh program: Pra-pekerjaan selama 10 bulan
  • Pengambilan: Mac 2022
  • Tarikh tutup permohonan: 12 Mac 2022 (11:59pm)

PROGRAM TECHNICAL ENERGY ENRICHMENT (TEP)

PETRONAS Gas Berhad (PGB) & Malaysia LNG (LNG) telah melancarkan program penajaan pra-pekerjaan selama 10 bulan yang membangunkan kecekapan teknikal penting dengan pemikiran budaya generatif untuk mempercepatkan kerjaya anda dalam industri tenaga.

Pada penghujung program ini, calon yang berjaya menamatkan program akan menjadi juruteknik sedia kerja yang diperakui dengan kemahiran yang berguna untuk menyokong industri tenaga global.

Berikut adalah program ditawarkan melalui Program Technical Energy Enrichment (TEP):

  • Operations Trade
    – Process
  • Maintenace Trade
    – Electrical
    – Instrumentation
    – Mechanical

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 22 hingga 30 tahun pada tahun 2022
  • Merupakan graduan dengan kelayakan Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Kemahiran/ Sains daripada institusi pengajian yang diiktiraf di Malaysia
  • Kredit dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden dan keutamaan diberikan kepada calon yang mengambil matapelajaran Fizik, Kimia dan Sains dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Body Mass Index (BMI) adalah kurang daripada 30
  • Tidak buta warna, sihat tubuh badan dan mampu bekerja dalam industri tenaga
  • Aktif dalam sukan, mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

PANDUAN PERMOHONAN

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Hanya permohonan yang lengkap dan dihantar selewat-lewatnya tarikh tutup permohonan sahaja akan diproses. Calon yang disenaraipendek akan dipanggil melalui email atau panggilan telefon untuk urusan temuduga.

Ambil Gambar Tema “Fotografi Jalanan Kuala Lumpur” & Menangi RM5,000! Ini Cara Penyertaan

0

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempelawa SEMUA Warganegara Malaysia untuk menyertai pertandingan fotografi yang bertemakan “FOTOGRAFI JALANAN KUALA LUMPUR” bermula pada 1 hingga 31 Mac 2022. Hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 untuk dimenangi.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, anda hanya perlu ambil gambar mengikut tema ditetapkan dan hantar mengikut ketetapan format. Penyertaan adalah PERCUMA! Anda tidak perlu buat sebarang bayaran untuk pendaftaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pertandingan fotografi yang ditawarkan dan panduan membuat penyertaan bagi yang berminat.

MAKLUMAT PERTANDINGAN

  • Nama pertandingan: Pertandingan Fotografi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  • Anjuran: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  • Tema gambar: Fotografi Jalanan Kuala Lumpur
  • Tempoh penyertaan: 1 – 31 Mac 2022

HADIAH DITAWARKAN

Pemegang bagi pertandingan ini akan menerima hadiah seperti berikut:

  • Tempat Pertama: RM5,000 + Sijil Penghargaan
  • Tempat Ke-2: RM3,000 + Sijil Penghargaan
  • Tempat Ke-3: RM1,000 + Sijil Penghargaan
  • Saguhati x 2: RM500 + Sijil Penghargaan

FORMAT PERTANDINGAN FOTOGRAFI DBKL

Berikut adalah format pertandingan fotografi DBKL yang anda perlu turuti bagi melayakkan diri sertai pertandingan yang dianjurkan:

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja
  2. Penyertaan adalah PERCUMA (tiada yuran pendaftaran)
  3. Peserta hendaklah mengambil gambar berdasarkan tema yang diberi iaitu “FOTOGRAFI JALANAN KUALA LUMPUR”. Peserta diberikan kebebasan untuk menginterprestasikan tema ini mengikut kreativiti masing-masing
  4. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghantar SATU penyertaan sahaja
  5. Peserta hendaklah menghantar penyertaan yang telah siap dicetak di atas KERTAS FOTO, Saiz 8R (8″ x 12″) dan dikemaskan atas MOUNTING BOARD BERWARNA HITAM bersaiz A3 kepada Sekretariat Pertandingan Fotografi
  6. Peserta hendaklah sertakan imej asal (RAW FILE) dan gambar berformat JPEQ yang telah diproses dalam salinan digital. Nama file hendaklah menggunakan No. Kad Pengenalan peserta dan diemelkan kepada fotografidbkl@gmail.com
  7. Sebarang manipulasi imej digital adalah TIDAK DIBENARKAN
  8. Pihak Sekretariat dan juri berhak untuk membatalkan penyertaan yang tidak mematuhi peraturan dan syarat-syarat pertandingan. Segala pembelanjaan, kerosakan dan kehilangan penyertaan adalah tanggungjawab peserta.
  9. Semua penyertaan akan menjadi HAK MILIK Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan tidak akan dikembalikan kepada peserta. DBKL mempunyai hak untuk meminda, menyunting, memanipulasi dan menggunakan foto yang terpilih untuk kegunaan rasmi Dewa Bandaraya Kuala Lumpur. Peserta kan diberikan kredit terhadap foto dalam setiap penerbitan

Semua Hasil Karya dan Borang Penyertaan hendaklah dihantar ke alaman berikut:

  • Sekretariat Pertandingan Fotografi
    Unit Promosi & Fotografi
    Jabatan Perancangan Korporat
    Tingkat 1, Menara DBKL 2,
    Jln Raja Laut 50350,
    Kuala Lumpur
  • Emel: fotografidbkl@gmail.com

Keputusan Pertandingan adalah MUKTAMAD dan sebarang pertikaian atau rayuan tidak akan dilayan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Sekretariat Pertandingan Fotografi di talian 03 2028 2875/ 2873. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut di laman https://www.dbkl.gov.my/fotografidbkl/

Muat turun borang penyertaan di bawah:

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI DBKL

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KPDNHEP

0

Dapat panggilan duduki Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KPDNHEP? Tahniah! Sekiranya anda mendapat panggilan ujian, ini bermakna anda sudah melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dan ini adalah langkah pertama sebelum anda mendapat lantikan. Nak dapatkan lantikan bagi jawatan ini, calon WAJIB LULUS dan jawab soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KPDNHEP pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Anda pertama kali ikuti Ujian Psikomentrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KPDNHEP dan tak tahu apa soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KPDNHEP yang akan keluar nanti? Jangan risau, anda boleh buat persediaan dari sekarang dengan dapatkan koleksi contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KPDNHEP yang akan dikongsikan ini.

Walaupun soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KPDNHEP tidak melibatkan pengetahuan, namun calon perlu jawab dengan BIJAK untuk lulus ujian ini.

TUGAS PENOLONG PENGUAT KUASA KP29 KPDNHEP

Sebelum lihat contoh soalan Psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KPDNHEP, ketahui dulu tugas sebagai Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KPDNHEP. Antara tugas-tugas sebagai Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KPDNHEP adalah:

Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

Berminat dengan tugas yang dinyatakan dan sedia untuk berjuang bagi mendapatkan jawatan ini? Jom lihat contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KPDNHEP!

FORMAT SOALAN PSIKOMETRIK PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA KP29 KPDNHEP

Bagi yang pertama kali nak jawab soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KPDNHEP, pasti belum tahu macam mana bentuk soalan yang akan diberi.

Format soalan dan jawapan pilihan adalah tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Biasanya calon diberikan masa 60 minit untuk selesaikan sebanyak 200 soalan (berbeza mengikut ujian).

Calon perlu menjawab soalan berbentuk psikologi yang merangkumi aspek berikut:

  • Personaliti
  • Motivasi
  • Kejujuran
  • Integriti
  • Kebolehan Sosial
  • Kestabilan Sosial
  • Kestabilan Emosi
  • Disiplin
  • Kerjasama
  • Komunikasi

CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA KP29 KPDNHEP

Berikut adalah beberapa contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KPDNHEP yang boleh dijadikan rujukan dan panduan buat anda untuk jawab soalan sebenar nanti:

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain mengganggu kerja saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju

8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju

11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat seseorang.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

15. Saya mudah berasa bosan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju

19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

20. Member laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

Nampak senang, tapi tak semua calon boleh LULUS!

Walaubagaimapun, biasanya soalan untuk ujian ini lebih kurang sama sahaja seperti ini. Ini hanyalah sebahagian soalan sebagai panduan atau gambaran kepada calon untuk persediaan menghadapi ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KPDNHEP nanti. Calon dinasihatkan untuk dapatkan lebih banyak soalan dan tips-tips berguna bagi menjawab soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KPDNHEP dengan cemerlang.

PANDUAN PEPERIKSAAN PSIKOMETRIK SPA

Panduan peperiksaan Psikometrik SPA merupakan satu-satunya panduan utama yang dihasilkan khas untuk membantu calon jawatan kerajaan lulus dalam peperiksaan Psikometrik SPA.

Panduan ini mengandungi nota berkaitan Psikometrik, Contoh Soalan Psikometrik SPA lengkap dengan jawapan untuk membantu persediaan calon peperiksaan.

Contoh Soalan Psikometrik SPA turut disertakan untuk anda membuat latihan persediaan supaya tidak kekok semasa menghadapi peperiksaan online Psikometrik nanti.

Ia tidak menjamin bahawa anda akan lulus dalam peperiksaan, namun sekurang-kurangnya anda tidak perlu bazirkan masa mencari maklumat berjam-jam sehingga mengurangkan masa persediaan anda.

Anda boleh mendapatkan laporan percuma berkaitan dengan nota Psikometrik dalam format PDF. Selain itu, anda akan diberikan tips-tips yang berkaitan dengan peperiksaan Psikometrik dari masa ke semasa.

Buat persediaan dari sekarang dengan mendapatkan panduan peperiksaan Psikometrik SPA di bawah.

Contoh Soalan Psikometrik

TEMPAH SEKARANG

Panduan Isi Maklumat Imunisasi Anak Untuk Pendaftaran Sekolah Tahun 1 Secara Online

0

Perhatian ibu bapa atau penjaga yang nak daftarkan anak Darjah 1 ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)! KPM kini telah maklumkan tarikh dan kaedah pendaftaran anak ke sekolah bagi kemasukan Darjah 1.

Murid warganegara dan bukan warganegara yang layak, yang genap berumur enam tahun pada tahun semasa persekolahan adalah layak memohon ke Tahun 1. Namun pasti ada ibu bapa yang masih keliru bagaimana nak isi bahagian rekod kesihatan kan? Maklumlah, ada banyak jenis suntikan yang berbeza dan ibu bapa kena tahu untuk membezakannya.

Jangan keliru lagi, ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat pengisian maklumat imunisasi anak bagi pendaftaran sekolah tahun 1 nanti.

IBU BAPA, SILA ALERT NAMA SUNTIKAN

Ibu bapa diminta untuk ambil perhatian kerana nama suntikan adalah berbeza di borang online dengan yang tertulis dalam buku. Mungkin ada yang keliru pasal suntikan DTaP – sebab ia sebenarnya terdiri daripada 3 suntikan serentak iaitu:

  • Difteria
  • Tetanus
  • Pertussis

(Dalam borang diceraikan satu-satu)

Pastikan nama suntikan dan tarikhnya betul. Jadi semua sekali ada 10 jenis suntikan, iaitu:

  • BCG
  • Hepatitis B
  • Difteria (dalam buku tulis DTaP)
  • Pertussis (dalam buku tulis DTaP)
  • Tetanus (dalam buku tulis DTaP)
  • Haemophilis Influenza (Hib)
  • Polio (IPV)
  • Measles
  • Mumps
  • Rubella

Info tambahan:

  1. Difteria, pertussis, tetanus, heamophilus influenza, polio disuntik pada hari yang sama.
    – Dalam buku ditulis DTaP/DT (kotak kuning),
  2. Hib (kotak pink) & IPV (kotak biru).
    – Ada 4 dos. Kena ada 4 tarikh, dos 1 (2bulan), dos 2 (3bulan), dos 3 (5bulan) dan dos tambahan (18bulan).
  3. Measles, mumps, rubella dalam buku ditulis MMR (kotak oren).
    – Disuntik semasa umur baby 12 bulan.

CARA DAFTAR ANAK TAHUN 1 KE SEKOLAH SECARA ONLINE

Pendaftaran anak ke tahun 1 sekolah KPM boleh dibuat secara online dengan ikut panduan berikut:

  1. Layari laman web http://public.moe.gov.my/
  2. Daftar pengguna baru bagi yang belum pernah mendaftar
  3. Selesai daftar, log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan
  4. Isikan maklumat yang diperlukan
  5. Klik Tahun 1 dan pilih Permohonan Baharu
  6. Pengguna perlu memasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan
  7. Masukkan maklumat murid, kesihatan dan penjaga
  8. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  9. Untuk makluman, jika pengguna membuat pilihan ‘YA’ pada ruangan Status OKU pada MAKLUMAT MURID, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam Maklumat Permohonan. Jika tidak, pilihan jenis sekolah tersebut tidak akan wujud.
  10. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  11. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  12. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  13. Status permohonan murid akan dipaparkan
  14. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan

SEMAK SYARAT & PANDUAN DAFTAR TAHUN 1 

CARA ISI MAKLUMAT VAKSIN/ IMUNISASI

Sedikit info tentang cara nak isi maklumat vaksin:

  • * Difteria, Pertussis, Tetanus, Heamophilus influenza, Polio disuntik pada hari yang sama.
  • *Dalam buku ditulis DTaP/DT (kotak kuning),* Hib (kotak pink) & IPV (kotak biru)
  • *Ada 4 dos. Kena ada 4 tarikh, dos 1 (2bulan), dos 2 (3bulan), dos 3 (5bulan) dan dos tambahan (18bulan). * Measles, mumps, rubella dalam buku ditulis MMR (kotak oren).
  • *Disuntik semasa umur baby 12 bulan.

Sumber

Mohon Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU), Terima Bantuan Kewangan/ Peralatan

Bagi membantu anggotanya menanggung beban dalam menghadapi masalah dari segi kesihatan, Koperasi Tentera menawarkan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU). Skim bantuan ini bukan sahaja ditawarkan kepada anggota Koperasi Tentera, malahan kepada ahli keluarga terdekat yang memerlukan.

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU) merupakan skim kebajikan yang diberikan dalam bentuk kewangan atau peralatan sokongan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat yang menghidap sebarang penyakit atau kecederaan yang dihadapi. Borang Permohonan boleh diperolehi dari kaunter Ibu Pejabat, Cawangan yang berhampiran atau boleh dimuat turun secara online.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU) dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU) tahun 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • Mulai 1 Mac 2022 hingga 1 April 2022 (Jumaat)

BENTUK BANTUAN

Melalui Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan, Koperasi Tentera menawarkan bantuan dalam bentuk:

  • Bantuan kewangan; atau
  • Bantuan peralatan sokongan
Nota: Jumlah sumbangan adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan yang telah ditetapkan oleh Koperasi Tentera.

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU) adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera
  • Telah menjadi Anggota Koperasi Tentera selama 3 tahun dan ke atas
  • Tidak menamatkan keanggotaan Koperasi Tentera dalam tempoh permohonan
  • Bagi permohonan suami dan isteri (Anggota Koperasi Tentera), hanya 1 permohonan sahaja yang layak diterima
  • Keutamaan diberikan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat (isteri/suami/ibu/bapa/anak) yang menghidap penyakit kronik berlarutan
  • Permohonan terhad hanya seorang sahaja pesakit yang layak dimohon dalam satu keluarga

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan Anggota Koperasi Tentera yang memerlukan bantuan perubatan ditawarkan serta memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan segera dalam tempoh ditetapkan. Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan yang disediakan.

Borang permohonan boleh didapatkan di salah satu saluran berikut:

  • Kaunter Ibu Pejabat Koperasi Tentera, cawangan yang berhampiran; atau
  • Muat turun menerusi laman web KT iaitu www.katmb.com.my

Borang permohonan yang LENGKAP boleh dihantar ke Cawangan KT yang berdekatan atau di alamat seperti berikut:

  • KOPERASI TENTERA
    Wisma Koperasi tentera
    No. 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
    53000 Kuala Lumpur
    (Untuk Perhatian: Unit Projek Khas Keanggotaan)

Kerajaan Kini Tambah Baik Kemudahan Cuti Kuarantin Untuk Menjaga Anak/ Perlukan Pengasingan

0

Berkuatkuasa mulai 4 Mac 2022, Kerajaan telah bersetuju untuk memanjangkan kemudahan cuti kuarantin kepada lain-lain penyakit berjangkit yang perlu dikuarantin atau memerlukan pengasingan. Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah memaklumkan kemudahan itu sebelum ini terhad kepada beberapa penyakit sahaja.

Namun kini, kerajaan telah menambahbaik baik kemudahan cuti itu dengan memasukkan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan pegawai perubatan kerajaan atau swasta selain daripada enam penyakit sedia ada dalam senarai sebelum ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penambahbaikan kemudahan cuti kuarantin.

PENAMBAHBAIKAN JENIS PENYAKIT BERJANGKIT

Seperti dimaklumkan, kemudahan cuti kuarantin sebelum ini adalah terhad kepada enam jenis penyakit berjangkit iaitu:

  • Penyakit tangan, kaki dan mulut
  • Demam denggi
  • Demam denggi berdarah
  • Campak
  • Difteria
  • Malaria

Bagaimanapun, kerajaan telah MENAMBAH BAIK kemudahan itu dengan memasukkan:

  • Lain-lain penyakit berjangkit sedia ada dalam senarai berkenaan

PINDAAN NAMA KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

Bagi menambah baik peraturan sedia ada selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi perhatian dalam aspek kebajikan pegawai perkhidmatan awam dan dalam masa yang sama perlu meningkatkan kualiti produktiviti dan penyampaian perkhidmatan, kerajaan bersetuju supaya kemudahan cuti kuarantin ditambah baik.

Dengan penambahbaikan itu, nama kemudahan cuti kuarantin kini dipinda kepada:

  • Kemudahan cuti menjaga anak yang dikuarantin atau memerlukan pengasingan

Menurut lampiran pekeliling, anak adalah termasuk:

  • anak kandung, anak tiri tanggungan, anak angkat de facto, anak angkat dan anak pelihara.

Walaubagaimanapun, kadar tempoh cuti/ bilangan hari bagi cuti itu DIKEKALKAN, iaitu:

  • Maksimum lima hari bagi setiap kes; atau
  • Selama tempoh perakuan diberikan oleh mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau swasta mengikut mana lebih rendah dengan pindaan termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am

Pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon cuti rehat/ cuti rehat khas atau citi-cuti lain yang berkelayakan.

Selain itu, apabila keadaan seseorang pegawai mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah sepertimana peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) (Dasar BDR).

Sumber

Permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi KPM 2022 Kini Dibuka

Perhatian buat pelajar Matrikulasi tahun akhir yang berminat mengikuti Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) bagi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC). Untuk makluman anda, permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi 2022 boleh buat secara online mulai bulan Mac 2022.

Calon yang menyertai skim latihan ditawarkan berpeluang mendapat lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) setelah tamat pengajian.

Jika berminat, teruskan membaca info lanjut di perkongsian bawah.

KELEBIHAN PROGRAM

Program ini menawarkan beberapa kelebihan berikut kepada calon yang layak:

  • Biasiswa Perguruan Persekutuan yang merangkumi semua kos pengajian di universiti beserta elaun sara hidup dan elaun/faedah lain sepanjang perjanjian
  • Calon akan berpeluang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) di United Kingdom/Australian/ New Zealand/ Universiti yang ditetapkan oleh KPM
  • Setelah menamatkan pengajian calon akan berkhidmat dengan Kerajaan dengan lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di kolej matrikulasi KPM

SYARAT PERMOHONAN

Individu yang berminat untuk mohon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Permohonan hanya dibuka kepada pelajar matrikulasi yang sedang mengikuti pengajian tahun akhir di kolej-kolej matrikulasi KPM seluruh negara
  • Lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred markah peperiksaan cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran (A-/A/A+) dengan minimum gred B bagi mata pelajaran Sains yang diambil iaitu, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Biologi
  • Memperoleh keputusan minimum gred B bagi Bahasa Inggeris 1119 dan gred 4B bagi English GCE-O Level di peringkat SPM

SYARAT BIASISWA PERGURUAN

Calon yang menerima Biasiswa Perguruan Persekutuan perlu memenuhi syarat-syarat wajib berikut:

  • Memperoleh keputusan minima 6.5 dalam IELTS
  • Diterima masuk ke universiti luar negara yang ditetapkan oleh KPM
  • Disahkan sihat melalui Laporan Pemeriksaan Kesihatan oleh Hospital/Klinik Kerajaan atau swasta
  • Hadir dan Lulus Kursus Persediaan Pelajar PPC Matrikulasi selama satu bulan di pusat yang ditetapkan oleh KPM

MAKLUMAN PENTING PERMOHONAN

Calon yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk memohon, sila ambil perhatian dengan makluman berikut:

  • Permohonan dibuka dari 6 hingga 16 Mac 2022 secara dalam talian melalui pautan:
    http://apps.matrik.edu.my
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak menepati syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan
  • Calon boleh menyemak status panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) selewatnya pada 25 Mac 2022 di pautan http://apps.matrik.edu.my *Ujian akan dilaksanakan secara dalam talian pada 28 Mac 2022
Nota: Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh 10 bulan selepas tarikh tutup permohonan.

PEMILIHAN CALON

Calon akan dipilih berdasarkan panduan berikut:

  • Diperaku UKCG dan temu duga
  • Calon mendapat Purat Nilai Gred Keseluruhan sebanyak 3.5 ke atas dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi
  • Memperolehi keputusan minimum Band 4 bagi MUET
  • Sihat tubuh badan
  • Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan pengiraan merit yang akan mengambil kira markah akademik, temuduga dan kokurikulum calon

TARIKH PENTING PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG 2022

SOALAN LAZIM

 

Permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi KPM 2021 Kini Dibuka Permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi KPM 2021 Kini Dibuka Permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi KPM 2021 Kini Dibuka Permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi KPM 2021 Kini Dibuka