Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Cara Mohon Nombor Pin Percuma Bagi Permohonan Program Pra Diploma UiTM

Oleh Cikgu Shaari • June 1, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Nombor Pin Percuma Bagi Permohonan Program Pra Diploma UiTM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program Pra Pengajian Tinggi (PPT) adalah program yang dulunya dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM. Ia merupakan program Corporate Social Responsibility universiti yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni.

Untuk ambilan Oktober 2022, Program Pra Pengajian Tinggi (PPT) menawarkan peluang melanjutkan pengajian untuk semua lepasan SPM tahun 2016 ~ 2021. Jadi, anda boleh mohon mengikuti Program Pra Pengajian Tinggi (PPT) ini sekiranya anda melepasi syarat ditetapkan.

Calon yang nak buat permohonan boleh memohon untuk dapatkan nombor pin percuma bagi melengkapkan permohonan program pengajian. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan buat permohonan nombor pin percuma.

SENARAI PROGRAM

Antara program yang ditawarkan adalah:

  • Pra Diploma Perdagangan
  • Pra Diploma Sains
  • Pra Diploma Sains (Aliran STEM & Sastera)
  • Pra Diploma Agroteknologi
  • Pra Diploma Pengajian Islam

CARA MOHON NOMBOR PIN PERCUMA

Sekiranya anda ingin memohon Nombor Pin percuma untuk permohonan Pra Diploma UiTM sesi kemasukan Oktober 2022, anda boleh buat permohonan melalui 2 kaedah berikut:

  • Emelkan NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN & NO TELEFON ke mana-mana Pejabat PPT Kampus UiTM seluruh Malaysia. (Sila rujuk gambar lampiran)
  • Isikal maklumat yang diperlukan melalui pautan berikut:
    Borang Permohonan No Pin Percuma

No Pin permohonan Pra Diploma UiTM akan mula dihantar secara berperingkat bermula 1 Jun 2022 (Rabu).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 2022

Tarikh tutup Program Pra Pengajian Tinggi (PPT) bagi ambilan Oktober 2022 adalah masih di buka. Permohonan dibuka sehingga:

  • Tarikh permohonan:
    Fasa 1: 1 Jun hingga 29 Julai 2022
    Fasa 2: AKAN DIKEMASKINI

Pastikan anda buat permohonan dalam tempoh ditetapkan setelah mendapat nombor pin permohonan. Klik butang di bawah untuk semak syarat dan panduan permohonan Pra Diploma UiTM:

SYARAT & PANDUAN MOHON PRA DIPLOMA UITM

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Pra Diploma UiTM 2022, anda boleh ke pautan https://bit.do/pradiplomauitm atau hubungi talian 03-5521 1416, 1444, 1448, 1449.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.