Nestle Management Trainee Program: Peluang Kerja Di Nestle Buat Graduan Tanpa Pengalaman

Setiap tahun syarikat terkemuka Nestle Malaysia akan membuka pengambilan graduan untuk menyertai Nestle Management Trainee Programme atau program latihan pengurusan. Berminat nak jadi sebahagian daripada graduan bertuah yang menyertai Nestle Management Trainee Programme? Jom mohon sekarang!

Nestle Management Trainee Programme adalah program latihan kerja 2 tahun yang menyediakan graduan muda yang berprestasi tinggi untuk menjadi pemimpin perniagaan masa depan. Peserta akan dibimbing oleh pihak pengurusan yang berpengalaman dan potensi graduan akan dikembangkan sepanjang 2 tahun program.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama Program: Nestle Management Trainee Programme
  • Tempat Latihan: Syarikat Nestle Malaysia
  • Tempoh Latihan: 2 tahun
  • Tarikh tutup permohonan: 30 April 2021

BIDANG PENGAJIAN

Graduan dari bidang pengajian berikut adalah dipelawa untuk mohon:

  • Sales
  • Marketing
  • Finance
  • Human Resource
  • Supply Chain
  • Engineering
  • Production
  • Quality Assurance
  • Packaging

SYARAT KELAYAKAN

Anda akan menjadi calon yang tepat untuk menghadapi cabaran dalam peranan menarik ini jika anda memenuhi kelayakan berikut:

  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA minimum 3.20 atau setaraf dengannya
  • Graduan baru atau graduan dengan pengalaman kerja tidak lebih dari 2 tahun
  • Terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
  • Tahap komunikasi Bahasa Inggeris lisan dan penulisan yang baik
  • Kemahiran analitik yang kuat
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan yang kuat dan berkeyakinan
  • Mampu bekerja dengan baik secara bebas dan dalam satu pasukan

KELEBIHAN PESERTA

Antara kelebihan menyertai program kerja dengan Nestle adalah:

CARA MOHON

Graduan yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan peluang ditawarkan boleh buat permohonan sebelum 30 April 2021 di pautan berikut:

Berikut adalah proses permohonan yang perlu dilalui:

 

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma