Pengambilan Personel MySTEP SPRM Dibuka. Ini Panduan Mohon Guna Sijil SPM
Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat, Suruhananjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan Personel MySTEP bagi jawatan seperti yang diiklankan.
Individu berumur 18 tahun ke atas dengan kelayakan minima SPM boleh buat permohonan jawatan yang ditawarkan dengan menghantar dokumen-dokumen yang diminta melalui alamat emel yang dinyatakan selewat-lewatnya 31 Januari 2023.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Suruhananjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
- Nama jawatan: MySTEP (Gred N19)
- Penempatan: SPRM Negeri Perlis
- Tempoh lantikan: 1 Mac 2023 hingga 31 Disember 2023
- Kemudahan: Gaji RM1,700 sebulan, Caruman KWSP, Cuti Rehat dan Cuti Sakit
- Tarikh tutup permohonan: 31 Januari 2023
SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Beurmur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki sekurang-kurangnya SPM
- Sihat tubuh badan
- Mempunyai kemahiran dalam menggunakan Ms Word, Ms Excel & Powerpoint
- Mempunyai lesen memandu B2/D dan kenderaan sendiri
- Berdisiplin dan boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima serta mampu menyiapkan tugasan dalam tempoh ditetapkan
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan segera selewat-lewatnya 31 Januari 2023. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan dokumen berikut:
- Resume
- Gambar berukuran passport
- Salinan sijil akademik
Kemukakan dokumen ke alamat emel berikut:
- mohd.nasir@sprm.gov.my atau
- zainiali@sprm.gov.my
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:
- Panduan Mohon Kerja Kerajaan MySTEP Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap
- Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2023
- Checklist Sebelum Hantar Permohonan Kerja MySTEP
Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.