Cara Buat Duit Dengan Lukisan 2026: 5 Kaedah Jana Pendapatan Dari Bakat Melukis •Penjawat Awam Boleh Mohon Kerja Lain? Ini Syarat, Cara & Risiko Yang Ramai Tak Tahu •Kad Debit Hilang? Jangan Tunggu 5 Minit – Ini Cara Block & Ganti Kad ATM (Update 2026) •Geran Women Biz Entrepreneurship 2026: Wanita Boleh Dapat Sehingga RM200,000 – Ini Cara Mohon •Jawatan Kosong LHDN 2026 (HASiL) – Ambilan Terkini Pelbagai Jawatan Dibuka! • Cara Buat Duit Dengan Lukisan 2026: 5 Kaedah Jana Pendapatan Dari Bakat Melukis •Penjawat Awam Boleh Mohon Kerja Lain? Ini Syarat, Cara & Risiko Yang Ramai Tak Tahu •Kad Debit Hilang? Jangan Tunggu 5 Minit – Ini Cara Block & Ganti Kad ATM (Update 2026) •Geran Women Biz Entrepreneurship 2026: Wanita Boleh Dapat Sehingga RM200,000 – Ini Cara Mohon •Jawatan Kosong LHDN 2026 (HASiL) – Ambilan Terkini Pelbagai Jawatan Dibuka! •

Cara Mohon Jawatan MySTEP Pembantu Tadbir Di KPDN Guna Sijil SPM

Oleh Cikgu Shaari • January 12, 2023 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan MySTEP Pembantu Tadbir Di KPDN Guna Sijil SPM
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Anda lepasan sekolah atau graduan yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup tahun 2023 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2023.

Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan KPDN dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
  • Jawatan: Personel MySTEP
  • Penempatan:  Pejabat KPDN WP Kuala Lumpur
  • Kadar Upah:  RM1,500 ~ RM1,700 sebulan
  • Tarikh tutup permohonan: 20 Februari 2023

JAWATAN DITAWARKAN

Berikut adalah jawatan MySTEP yang ditawarkan:

  • MySTEP Pembantu Tadbir
  • MySTEP Pembantu Am Pejabat

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum 20 Februari 2023. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan resume ke alamat berikut:

  • Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 27, Sunway Putra Tower, 100 Jalan Putra,
    60622 Kuala Lumpur

ATAU

  • Emel: a.firdaus@kpdn.gov.my/ m.hafiz.kpdn.gov.my/ wan@kpdn.gov.my

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.