Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) •Semakan keputusan e-UKCG PISMP 2026 Dibuka 29 April: Cara Semak & Apa Perlu Buat Seterusnya •Cara Mohon SIP PERKESO 2026 (EIS): Bantuan Kewangan Jika Hilang Kerja & Peluang Kerja Baharu •SIDDIK 2026: Sumbangan Pendidikan RM100 Anak Muzakki Selangor (Cara Mohon & Syarat) • Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) •Semakan keputusan e-UKCG PISMP 2026 Dibuka 29 April: Cara Semak & Apa Perlu Buat Seterusnya •Cara Mohon SIP PERKESO 2026 (EIS): Bantuan Kewangan Jika Hilang Kerja & Peluang Kerja Baharu •SIDDIK 2026: Sumbangan Pendidikan RM100 Anak Muzakki Selangor (Cara Mohon & Syarat) •

Cara Mohon Jawatan MySTEP KEMAS Buat Lepasan SPM & Graduan Pelbagai Bidang

Oleh Cikgu Shaari • January 17, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan MySTEP KEMAS Buat Lepasan SPM & Graduan Pelbagai Bidang
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kini membuka tawaran kerja sebagai Personel MySTEP bagi pengambilan 2022. Permohonan dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan mengisi segera kekosongan MySTEP bagi pelbagai jawatan seperti yang diiklankan.

Lepasan Diploma, Ijazah dan SPM dengan kelayakan dalam bidang berkaitan dan berminat dengan jawatan ditawarkan boleh mengisi kekosongan yang ditawarkan dengan menghantar dokumen diperlukan di alamat email yang disediakan. Pastikan anda hantar permohonan sebelum tarikh tutup.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut  jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan MySTEP KEMAS.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  • Nama jawatan: Personel MySTEP
  • Tarikh tutup: 22 Januari 2022 (Sabtu)

SENARAI JAWATAN & KELAYAKAN DIPERLUKAN

  • Pegawai Seranta/ Komunikasi
    Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda (bidang Penganalisaan Data/ Statistik & setaraf)
  • Pegawai Eksekutif Pentadbiran
    Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda (bidang Pengurusan, Pentadbiran dan setaraf)
  • Pegawai Pemantau
    Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda (bidang Kejuruteraan Awam/ Elektrik dan setaraf)
  • Penolong Pegawai Eksekutif Komunikasi
    Kelulusan: Diploma (bidang Penganalisaan Data/ Statistik & Setaraf)
  • Penolong Pegawai Eksekutif Pentadbiran
    Kelulusan: Diploma (bidang Pengurusan, Pentadbiran dan setaraf)
  • Pengurus Pusat Sumber
    Kelulusan: Diploma (bidang Perpustakaan, Pengurusan Rekod dan setaraf)
  • Pembantu Tadbir
    Kelulusan: SPM

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Telah lengkap vaksinasi Covid-19
  • Penempatan Ibu Pejabat/ Negeri

KADAR UPAH

Bayaran upah kepada calon yang berjaya mendapat penempatan adalah mengikut kelayakan berikut:

  • Setaraf Ijazah Sarjana Muda: RM2,000/bulan
  • Setaraf Diploma: RM1,800/bulan
  • Setaraf SPM: RM1,600

Personel MySTEP juga akan mendapat kemudahan seperti berikut:

  • Cuti Rehat
  • Cuti Sakit
  • Caruman KWSP
  • Caruman PERKESO

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum 22 Januari 2022. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan dokumen berikut:

  • Surat kemukakan surat permohonan (nyatakan jawatan)
  • Resume beserta gambar terkini (ukuran passport)
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan Sijil/ Transkrip/ Skroll Akademik yang berkaitan

Kemukakan dokumen ke alamat emel berikut:

  • su_haila@kemas.gov.my ; atau
  • smphqkemas@gmail.com

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk urusan selanjutnya. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan tarikh tutup iklan dianggap Tidak Berjaya.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.