MyKad Baharu Tidak Jejaskan Bantuan Kerajaan. Ini Penjelasan Rasmi JPN Yang Ramai Masih Keliru •Biasiswa Penuh Perguruan 2026 Dibuka Untuk Lepasan SPM, STPM & STAM. Siap Peluang Kerjaya Guru Agama •Jawatan Kosong SPA 2026: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 Dibuka Untuk Lepasan SPM •Ramai Ibu Bapa Tak Tahu! Ini Garis Panduan JPN Tentang Nama Anak Yang Boleh Ditolak •Ada Degree Tapi Mohon Jawatan SPM? Ini Cara Betul Elak Dilabel “Overqualified” Oleh Majikan • MyKad Baharu Tidak Jejaskan Bantuan Kerajaan. Ini Penjelasan Rasmi JPN Yang Ramai Masih Keliru •Biasiswa Penuh Perguruan 2026 Dibuka Untuk Lepasan SPM, STPM & STAM. Siap Peluang Kerjaya Guru Agama •Jawatan Kosong SPA 2026: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 Dibuka Untuk Lepasan SPM •Ramai Ibu Bapa Tak Tahu! Ini Garis Panduan JPN Tentang Nama Anak Yang Boleh Ditolak •Ada Degree Tapi Mohon Jawatan SPM? Ini Cara Betul Elak Dilabel “Overqualified” Oleh Majikan •

Mohon Jawatan MySTEP Di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Guna Sijil SPM 

Oleh Cikgu Shaari • December 22, 2021 • 2 min baca

Mohon Jawatan MySTEP Di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Guna Sijil SPM 
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Johor ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan pengambilan kerja sebagai Personel MySTEP di JPPM Negeri Johor. permohonan adalah dibuka kepada calon lelaki dan perempuan yang berkelayakan.

Wargenegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai kelayakan minima SPM dan memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk mohon jawatan MySTEP seperti yang diiklankan. Permohonan boleh dibuat melalui email dengan kadar segera.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
  • Nama jawatan: Personal MySTEP
  • Waktu bekerja: Ahad hingga Khamis (8 pagi hingga 5 petang)
  • Penempatan: JPPM Negeri Johor
  • Kadar Upah: RM1,600

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup jawatan
  • Sijil Pelajaran Malaysia , Ijazah atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan
  • Mahir menggunakan komputer dan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint, Access dan Publisher), kemahiran grafik (adobe photoshop/ adobe illustrator) dan kemahiran asas it merupakan satu kelebihan
  • Mempunyai Diploma atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan merupakan satu kelebihan

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

Calon yang berkelayakan dan berjaya mendapat penempatan akan menjalankan tugas seperti berikut:

  1. Khidmat perhubungan pelanggan/ Kaunter
    – Membantu untuk mendapatkan maklumat awal daripada pelanggan/ tetamu yang berurusan dengan jabatan
  2. Khidmat telefon (luaran/ dalaman)
    – Membantu untuk menjawab panggilan telefon daripada luar yang berurusan dengan jabatan dan mengalirkan kepada pegawai yang berkenaan jika perlu
  3. Khidmat Pengurusan Pertubuhan
    a) Memeriksa penyata tahunan pertubuhan berdaftar induk dan cawangan yang masih aktif dan mengambil tindakan selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 bagi pertubuhan yang tidak mengemukakan penyata tahunan
    b) Membantu dalam pelaksanaan Program Outreach atau ros_care Jabatan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan KADAR SEGERA. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan dokumen berikut:

  • Resume
  • Sijil akademik

Kemukakan dokumen ke alamat emel berikut:

  • noorhallina.ros@moha.gov.my

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pihak jabatan di talian 07 236 1201/ 07 2361 201 (Puan Noorhallina Binti Azmi).

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.