Pemilihan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat 2026 Dibuka: Walk In Pun Dibenarkan •Cara Mohon Jawatan TNB 2026 Secara Online: Rajin Check Portal Rasmi Untuk Elak Terlepas Peluang •Program Dermasiswa B40 (DB40) JPA 2026 Dijangka Dibuka Ogos Ini: Elaun RM700 Sebulan & Yuran Pengajian Ditanggung •Semakan Panggilan eUKCG ISMP 2026 Kini Dibuka: Calon Guru Boleh Semak Mulai 12 Mei 2026 •Boleh Ke Tanya Panel Kenapa Gagal Temuduga? Ini Cara Yang Lebih Profesional • Pemilihan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat 2026 Dibuka: Walk In Pun Dibenarkan •Cara Mohon Jawatan TNB 2026 Secara Online: Rajin Check Portal Rasmi Untuk Elak Terlepas Peluang •Program Dermasiswa B40 (DB40) JPA 2026 Dijangka Dibuka Ogos Ini: Elaun RM700 Sebulan & Yuran Pengajian Ditanggung •Semakan Panggilan eUKCG ISMP 2026 Kini Dibuka: Calon Guru Boleh Semak Mulai 12 Mei 2026 •Boleh Ke Tanya Panel Kenapa Gagal Temuduga? Ini Cara Yang Lebih Profesional •

Cara Mohon Jawatan MySTEP Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Guna Sijil SPM

Oleh Cikgu Shaari • October 27, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan MySTEP Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Guna Sijil SPM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jabatan Pendaftaran Negara ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Personal Short Term Employment Program (MySTEP) di JPN Negeri Johor seperti yang diiklankan.

Kepada rakyat Malaysia yang sedang mencari peluang pekerjaan dan memiliki sekurang-kurangnya sijil SPM, JPN mempelawa anda untuk mohon kekosongan MyStep yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat melalui emel dengan menghantar resume ke alamat emel yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Nama jawatan: MyStep
  • Kelayakan: SPM
  • Penempatan: UTC Johor Bahru & UTC Pasir Gudang
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Oktober 2022

SYARAT KELAYAKAN

Calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut adalah dipelawa untuk mohon:

  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Lulus Bahasa Melayu dan subjek Sejarah dalam peperiksaan SPM
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai bakat di dalam bidang seni dan sukan.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan melalui emel kepada alamat email:

  • adminjohorbahru@jpn.gov.my

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen berikut:

  • Resume lengkap
  • Gambar berukuran passport
  • Salinan sijil berkaitan

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas satu bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan jawatan ditawarkan, anda boleh hubungi pegawai di talian berikut:

  • Encik Saufi Affandi Bin Jamaluddin: 07 234 1612
  • Puan Norashikin Binti Moksin: 07 234 1613

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.