Cara Mohon Jawatan MySTEP Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Guna Sijil SPM

Jabatan Pendaftaran Negara ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Personal Short Term Employment Program (MySTEP) di JPN Negeri Johor seperti yang diiklankan.

Kepada rakyat Malaysia yang sedang mencari peluang pekerjaan dan memiliki sekurang-kurangnya sijil SPM, JPN mempelawa anda untuk mohon kekosongan MyStep yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat melalui emel dengan menghantar resume ke alamat emel yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Nama jawatan: MyStep
  • Kelayakan: SPM
  • Penempatan: UTC Johor Bahru & UTC Pasir Gudang
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Oktober 2022

SYARAT KELAYAKAN

Calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut adalah dipelawa untuk mohon:

  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Lulus Bahasa Melayu dan subjek Sejarah dalam peperiksaan SPM
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai bakat di dalam bidang seni dan sukan.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan melalui emel kepada alamat email:

  • adminjohorbahru@jpn.gov.my

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen berikut:

  • Resume lengkap
  • Gambar berukuran passport
  • Salinan sijil berkaitan

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas satu bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan jawatan ditawarkan, anda boleh hubungi pegawai di talian berikut:

  • Encik Saufi Affandi Bin Jamaluddin: 07 234 1612
  • Puan Norashikin Binti Moksin: 07 234 1613

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma