Permohonan Bantuan Pendidikan/ Dermasiswa KOSWIP Malaysia Dibuka

Sukcaita dimaklumkan bahawa Permohonan Bantuan Pendidikan/ Dermasiswa/ Cemerlang bagi tahun 2022 kini dibuka buat anggota KOSWIP Malaysia yang mempunyai anak dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang dan berkelayakan seperti yang dinyatakan.

Borang permohonan boleh didapatkan di kaunter ibu pejabat KOSWIP, pejabat Cawangan Putrajaya atau melalui laman web KOSWIP selewat-lewatnya 16 November 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran bantuan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bantuan pendidikan/ dermasiswa mestilah dibuat sehingga:

  • Tarikh tutup: 16 November 2022 (Rabu)

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran bantuan dibuka kepada anggota KOSWIP yang berkelayakan seperti berikut:

  • Anggota KOSWIP dan bernombor Anggota sebelum 99325 dan berdaftar pada atau sebelum 17 Oktober 2018 layak memohon.
  • Borang permohonan boleh disahkan oleh Guru-guru/ Pentadbir Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai kakitangan awam kump A
  • Suami dan Isteri yang kedua-duanya menjadi anggota Koperasi tidak layak memohon untuk anak yang sama.
  • Permohonan untuk anak tiri dan anak angkat hendaklah sah disisi undang-undang dan disertakan dengan bukti yang disahkan.
  • Borang permohonan boleh didapati di Ibu pejabat KOSWIP, Pejabat Cawangan PUTRAJAYA pada waktu pejabat dan juga dari Pengerusi / Setiausaha Kawasan mulai 17 Oktober 2022.
  • Borang permohonan juga boleh didapati melalui Laman Web KOSWIP, www.koswip.com.my dan FACEBOOK KOSWIP.
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 November 2022 (Rabu) jam 5.00 petang.
    Permohonan yang lewat diterima akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

Bantuan Cemerlang ditawarkan kepada anak anggota KOSWIP yang memperoleh keputusan seperti berikut:

  • Mendapat keputusan SPM 2021 8A dan ke atas
  •  Mendapat keputusan STPM 2021 CGPA 3.8 dan ke atas
  • Sila sertakan salinan sijil keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Bantuan Cemerlang ditawarkan kepada anak anggota KOSWIP yang memperoleh keputusan seperti berikut:

  • Memiliki DIPLOMA atau IJAZAH pada tahun 2021 di IPTA/IPTS tempatan / luar negara dengan mendapat CGPA 3.8 dan ke atas
  • Sila sertakan salinan keputusan peperiksaan dan sijil-sijil yang berkaitan beserta pengesahan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan anggota KOSWIP yang mempunyai anak mendapat keputusan seperti dinyatakan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan melalui borang permohonan yang boleh dimuat turun di bawah:

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BANTUAN KOSWIP MALAYSIA

Borang permohonan yang lengkap diisi mestilah dihantar ke Ibu Pejabat KOSWIP.

Sila sertakan salinan kad pengenalan pelajar dan salinan penyata buku bank pelajar/ ibu/ bapa. Bagi anggota wanita, sila sertakan salina kelahiran pelajar.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma