Cara Mohon Jawatan Pembantu Tadbir Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Dengan Minima SPM

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan sebagai Pembantu Tadbir. Individu berumur 18 tahun dengan kelayakan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dipelawa untuk mohon jawatan seperti yang diiklankan.

Permohonan pengambilan MySTEP di JKSM ini boleh dibuat dengan mudah, iaitu hantar dokumen yang diminta ke alamat emel yang dinyatakan selewat-lewatnya pada 30 November 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
  • Nama Jawatan: MySTEP (Pembantu Tadbir)
  • Tempoh Perkhidmatan: 1 bulan (minimum) sehingga Oktober 2022
  • Penempatan: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Putrajaya
  • Kadar Upah: RM1,600 sebulan
  • Tarikh tutup permohonan: 30 November 2021

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  • Berkemahiran menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint)
  • Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan segera selewat-lewatnya 30 November 2021. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan dokumen berikut:

  • Resume
  • Salinan kad pengenalan/ sijil lahir
  • Gambar berukuran pasport
  • Salinan sijil akademik

Kemukakan dokumen berikut ke salah satu alamat emel berikut:

  • shuhadah_sharif@esyariah.gov.my
  • zaitun_mahmood@esyariah.gov.my

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas satu bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan jawatan MySTEP yang ditawarkan, anda boleh hubung YM Raja Alifah di talian 03 8870 9521 atau Puan Nurshuhadah di talian 03 8870 9530.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma