Tawaran Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Ke Sekolah Menengah Agama Terengganu Tahun 2022

Perhatian kepada ibu bapa yang mempunyai anak Tahun 6 yang akan masuk ke Tingkatan 1 pada tahun 2022. Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu  kini membuka permohonan kemasukan tingkatan 1 bagi tahun 2022. Ibu bapa yang berminat nak daftarkan anak ke Sekolah Menengah Agama Terengganu boleh buat permohonan secara online.

Permohonan Ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu dan Madrasah Moden Terengganu adalah aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Unit ICT JHEAT dan dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan. Modul ini digunakan oleh ibubapa/penjaga yang ingin membuat permohonan ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu.

TARIKH PENTING PERMOHONAN & UJIAN

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting permohonan SMANT:

  • Tarikh permohonan: 11 November 2021 sehingga 12 Disember 2021
  • Semakan Panggilan Ujian Penentuan Tahap Sekolah Pilihan (PTSP): 28 Disember 2021
  • Ujian Penentuan Tahap Sekolah Pilihan akan dilakukan secara online pada tarikh yang berikut:
    i) Sesi pertama: 5 Januari 2022 (Rabu)
    ii) Sesi kedua: 6 Januari 2022 (Khamis)
  • Semakan Keputusan Ujian Penentuan Tahap Sekolah Pilihan (PTSP): 1 Februari 2022

SYARAT AM PERMOHONAN

Permohonan adalah dibuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Calon mestilah warganegara Malaysia
  • Calon mestilah Rakyat Negeri Terengganu
  • Calon mestilah berumur 13 tahun
  • Calon mestilah murid lepasan Tahun 6
  • Calon boleh membaca Al-Quran dengan baik
  • Calon mestilah sihat tubuh badan
  • Calon lulus Ujian Penentuan Tahap Sekolah Pilihan (PTSP) dan lulus Ujian Umum, Kurikulum Agama & Kemahiran Al-Quran (UKKQ) yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu
  • Mengambil MPKAFA (UPKK) atau Sijil-sijil Fadhu Ain yang lain (calon yang mendapat keputusan yang baik diutamakan untuk tawaran kemasukan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat untuk mohon kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu, anda boleh buat permohonan secara online melalui pautan berikut:

Pemohon mestilah mengisi permohonan mengikut kategori yang layak. Sila cetak salinan permohonan dan slip permohonan sebagai rujukan dan bukti permohonan. Pengemaskinian maklumat dibenarkan sehingga ke tarikh tutup permohonan.

Bagi permohonan ke Tingkatan 1, pemohon perlulah menyemak pada tarikh tertentu secara atas talian bagi menyemak kelayakan untuk menghadiri ujian bertulis.

Permohonan akan diproses mengikut kategori dan kelayakan. Bagi permohonan Tingkatan 1, pihak sekolah akan menguruskan ujian bertulis di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan.

SENARAI SEKOLAH MENENGAH AGAMA TERENGGANU

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma