Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Nombor Plat Kenderaan “Fancy” Boleh Didenda RM3,000. Ini Spesifikasi Yang Dibenarkan

Oleh Cikgu Shaari • November 12, 2021 • 2 min baca

Nombor Plat Kenderaan “Fancy” Boleh Didenda RM3,000. Ini Spesifikasi Yang Dibenarkan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Adakah plat kenderaan anda mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak JPJ? Sebenarnya ada ciri-ciri yang telah ditetapkan seperti saiz huruf dan nombor serta jarak antara huruf perlulah mematuhi saiz spesifikasi.

Jangan sesuka hati menggunakan rekaan yang sangat berlainan dari spesifikasi yang dibenarkan. Takut-takut nanti anda boleh dikenakan denda jika berlaku pemeriksaan mengejut oleh pihak berkuasa di tengah jalan. Orang awam yang nampak anda menggunakan nombor plat “fancy” juga dibenarkan buat aduan JPJ tau!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut contoh nombor plat fancy dan spesifikasi nombor plat yang dibenarkan.

DENDA RM3,000 JIKA MELANGGAR PERATURAN

Menurut JPJ, semua pihak dinasihatkan mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan tersebut boleh didenda:

  • tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.

CONTOH NOMBOR PLAT FANCY

Berikut adalah contoh nombor plat fancy yang tidai dibenarkan:

CONTOH SPESIFIKASI NOMBOR PLAT YANG DIBENARKAN

Berikut adalah contoh nombor plat yang mengikut spesifikasi seperti yang ditetapkan oleh pihak JPJ:

ORANG RAMAI DIBENARKAN BUAT ADUAN

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan keizinan kepada orang ramai untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran mengelirukan, kabur atau fancy.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, aduan berkenaan boleh disalurkan bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan menerusi e-mel:

  • aduantrafik@jpj.gov.my

Untuk mengelakkan dari didenda, adalah lebih baik anda tidak mengubahsuai plat kenderaan anda dan kekalkan sahaja dalam keadaan ‘standard’. Jangan hanya untuk nampak bergaya, wang anda melayang sia-sia sahaja.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.