Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Cara Mohon Jawatan MySTEP Di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Melalui Email

Oleh Cikgu Shaari • January 10, 2023 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan MySTEP Di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Melalui Email
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Anda lepasan  graduan yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) tahun 2023 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2023.

Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
  • Jawatan: Personel MySTEP
  • Kelayakan: Minima SPM
  • Tempoh: Februari hingga Disember 2023
  • Penempatan: Pejabat RELA Daerah Timur Laut
  • Gaji ditawarkan: RM1,600 sebulan
  • Tarikh tutup permohonan: 11 Januari 2023

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Mahir menggunakan Microsoft Office

KEMUDAHAN MYSTEP

Antara kemudahan yang disediakan kepada calon MySTEP yang berjaya mendapat penempatan adalah:

  • Gaji RM1,600 sebulan
  • Cuti Rehat dan Cuti Sakit
  • Caruman KWSP dan PERKESO

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum permohonan ditutup. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar RESUME dan SALINAN SIJIL-SIJIL anda kepada email berikut:

  • prd_timurlaut@rela.gov.my

Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput untuk ke sesi temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan panggilan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.