Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Tawaran Jawatan MySTEP Jabatan Perikanan Malaysia Terbuka Buat Graduan

Oleh Cikgu Shaari • October 19, 2022 • 2 min baca

Tawaran Jawatan MySTEP Jabatan Perikanan Malaysia Terbuka Buat Graduan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Anda graduan lepasan diploma atau ijazah yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Jabatan Perikanan Malaysia tahun 2022 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2022.

Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan Jabatan Perikanan Malaysia dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui laman permohonan MySTEP sebelum tarikh tutup permohonan. Calon yang berjaya akan ditempatkan di Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Putrajaya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Jabatan Perikanan Malaysia
  • Jawatan: Personel MySTEP (Pegawai Perikanan)
  • Penempatan:  Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Putrajaya
  • Tempoh perkhidmatan: 2 bulan
  • Kadar upah: RM2000 sebulan termasuk KWSP dan PERKESO
  • Tarikh tutup permohonan: 21 Oktober 2022

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Calon lelaki atau perempuan boleh mohon
  • Mempunyai kelayakan Diploma atau Ijazah

SKOP TUGAS

Skop tugas personel MySTEP di Jabatan Perikanan Malaysia ini adalah:

  • Membantu mengaturkan liputan dan promosi media untuk semua program Jabatan
  • Membantu mengurus media sosial seperti Facebook, Instragram, twitter, Tiktok, Youtub dan video-video ringkas Jabatan Perikanan Malaysia
  • Menguruskan produksi berita jabatan bagi hebahan maklumat kepada orang awam dan warga jabatan perikanan
  • Menulis dan mengolah skrip berita produksi mengenai program dan servis jabatan untuk hebahan kepada pemegang taruh dan warga Jabatan Perikanan Malaysia
  • Membaca berita utama di dalaam Produksi Berita  #myDOF sebagai satu langkah penjenamaan semua Jabatan Perikanan Malaysia
  • Memastikan bahan berita jabatan dikemaskini pada setiap minggu

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan selewat-lewatnya 21 Oktober 2022.

Permohonan boleh dibuat dengan  dengan mengisi permohonan melalui sistem berikut:

Rujuk panduan buat permohonan jawatan melalui laman MySTEP  di bawah:

PANDUAN MOHON JAWATAN MYSTEP 

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.